Bab 8

5 0 0
                                    

" Belajar elok-elok..ingat apa abang cakap, pergi sana untuk belajar bukan untuk main-main..faham"

Dipeluk erat Ariza untuk kali terakhir sebelum Ariza menaiki kapal terbang.

" Ingat lah...sayang abang, jaga nenek ngan atok tau.." - ARIZA

Nenek dengan atok mereka tak ikut, katanya nak kemas rumah..yelah majlis akan dijalankan dirumah mereka..malam semalam, keluarga Hannah telefon..katanya kalau boleh percepatkan sikit lah sebab keluarga diorang yang lain kena ke Paris ahad ni..kerja penting.

" Kalau orang boleh balik, orang akan balik masa majlis kahwin abang nanti..bye Assalamualaikum" - ARIZA

Belakang tangan abangnya dicium sebelum dia pergi ke UK.

Qaid membalas dengan senyuman. Semoga adiknya selamat tiba di UK.

Selepas menghantar adiknya ke Airport, sempat dia singgah kerumah Amzar di klang..saje nak ajak keluar makan.

Qaid memberhentikan keretanya dihadapan rumah Amzar, 3 kali salam diberi tetap tiada jawapan. Rumah sepertinya terkunci rapat tapi kereta ada..takkan diorang sekeluarga balik kampung naik bas kot?

Diambil telefon didalam poket seluar kemudian nombor Amzar didail.

Amzar
" Ya? Kenapa weh? "

Qaid
" Kau kat mana?"

Amzar
" Dekat rumah lah? Asal?"

Qaid
" Macam tak ada orang je? Tapi kereta kau ada..rumah kat mana ni?"

Amzar
" Ooo..bukan tak ada orang, aku ada je..cuma wife aku keluar beli barang dengan anak-anak..dia kunci lah pintu..kejap"

Panggilan telefon dimatikan serta merta, terlihat cermin tingkap seperti terbuka.

Qaid masuk dan mengambil kunci yang dihulurkan kemudian pintu hadapan dibuka.

"Ha nak apa?" - AMZAR

" Keluar makan jom..aku belanja..plus nak cakap benda sikit" - QAID

" Ha..sekejap aku siap..masuk ah dulu.." - AMZAR

Kasut miliknya dibuang dan Qaid masuk kedalam rumah Amzar, kemas sahaja..tak macam apartment dia dekat Terengganu..

Maklumlah Amzar ni dah ada isteri, kalau dia berseorangan sama je perangai..sejak ada isteri ni kena lah sama-sama jaga kekemasan rumah.

Selepas beberapa minit, Amzar selesai bersiap.

" Kau tak ajak Azim? Selalu.kalau dia kat kampung kau ajak dia sekali" - AMZAR

SETIA : Her Revenge Where stories live. Discover now