07 - With Him Again!

9 1 0
                                    

"Dah kenapa mata ni tak nak lelap! Tadi nak sangat rehat awal." Bebelku sendiri. Lesti yang ada disamping sudahpun dibuai mimpi. Aku bangun dan melangkah keluar. Mahu menikmati angin malam. Entah kenapa kaki dengan sendirinya melangkah turun ke pesisir pantai. Tanpa ada selipar bahkan jaket yang membaluti tubuh saat ini. Kesejukan malam jelas menusuk hingga ke tulang tapi aku sekadar membiarkan saja. Setelah penat berjalan aku duduk memeluk lutut di tepi pantai itu. Lama aku berkeadaan seperti itu hingga tanpa sedar air laut mulai mengenai kakiku.

"I'm just really miss them...." Keluhku sendiri. Perasaan itu muncul lagi. Perasaan dimana aku merasa hanya aku yang wujud di situ. Kesunyian itu seolah sedang menghukumku! Aku rindu pada kedua mereka yang aku tinggalkan bahkan aku juga rindu pada mereka yang telah meninggalkan aku buat selamanya. Air mata tiba-tiba bergenang di kelopak mata. Air mata yang selama ini jarang sekali muncul, malam ini dia muncul jua.

Terasa sesak di dada. Menahan tangis juga melawan kesunyian ini. Bahuku disentuh seseorang. Aku mendongak dan 'dia' ada di situ. Air mata yang bergenang tadi gugur juga bila mana mataku berkedip kerna terkejut dengan kehadirannya. Dia menarikku untuk bangun. Perlahan dia mengusir air mata yang mengalir di pipiku. Aku kaku sekadar memandangnya. Aku cuba untuk melangkah pergi tapi dia menahan. Tanpa kata tubuhku melambung ke udara, dia mengangkatku seolah pengantin! Aku yang takut jatuh terus memautkan tanganku pada lehernya. Perlahan aku menyandarkan kepalaku pada dadanya. Irama jantungnya buatkan aku kembali tenang semula, kesunyian itu perlahan menghilangkan dan rasa sakit di dada tadi juga beransur pergi. Yang ada mataku mulai layu dan tanpa dipinta aku lena dalam dakapannya.

*******************************************

Terbangun dari lena. Aku tersenyum senang, sedap pula aku tidur malam ni. Lena dengan tilam yang empuk dan kehangatan dari bantal yang ku peluk saat ini.

"Arghhh!!!!!" Aku terjerit saat melihat dia yang ada di sampingku. Duduk bersandar di bahu katil sambil memerhatiku. Dia siap tersenyum melihat reaksiku. Aku yang tersedar sedari tadi tak lepas dari memeluknya dengan pantas melepaskan pelukan itu dan menjauh.

"You buat apa sini?!" Soalku kesal. Ehh jap.... aku melihat sekeliling, aku sekarang kat mana?

"Kenapa I ada kat sini?" Soalku kesal. Ni mesti biliknya. Tak jauh dari pantai itu memang ada hotel.

"We just sharing a bed not more than that." Ujarnya tak mahu aku salah faham. Aku mendengus kecil, ini bukan sekali tau tapi dah dua kali aku 'tidur' dengan mamat stranger ni!

"Where you're going?" Soalnya seraya menahan aku dari pergi.

"Pi mana lagi baliklah! Ni kalau dorang tau aku takde kat bilik mesti dorang risau!" Bebelku sendiri seraya menuju ke tandas untuk membersihkan muka terlebih dahulu.

"Arghhhhh!!!!!" Jeritku dari dalam tandas.

"Hey.... anything wrong?" Ketukan bertalu-talu dari pintu tandas sekaligus dengan soalan kerisauan dia berikan. Pintu ku buka seraya bercekak pinggang di hadapannya. Ketinggianku hanya sebatas bahunya so jelas-jelas aku terpaksa mendongak! Sakit jugalah leher tapi sakit lagi hati!

"Kenapa i pakai ni?!!!" Marahku bila melihat bathrobe tersarung kemas ditubuhku.

"Ihhhhhhhhhhhhh!!!!!!" Geram dengan hal itu buatkan aku memijak kakinya berkali-kali!

"Siapa bagi hak untuk you tukar baju i?!!!" Soalku tak puas hati. Dia mengerutkan dahi seolah bingung dengan kemarahanku yang secara tiba-tiba.

Stay With Me?Where stories live. Discover now