12 - Balik Kampung

3 1 0
                                    

"Why you here?" Soalku pada gerangan yang muncul secara tiba-tiba itu. Baru nak lelap terus tak jadi. Macam mana pula mamat ni tahu wad aku?

"Just want to see you." Kata Alvin seraya masuk tanpa sempat pun aku menghalang. Bungkam aku dibuatnya. Baru kenal kot!

"Who are you actually?" Soalku bila mana dia dengan slamba mencapai wayar yang ku cabut tadi. Perlahan jemariku dicapai, dan dia menyambungkan semula. Setelah usai, dia duduk di kerusi yang ada di pinggir katil.

"I'm your angel. Can i say like that?" Kata Alvin yang tak lekang dari senyuman. Aku mula mencebik.

"Nonsence. Are you doctor?" Soalku lagi.

"Yes i'am."

"So what you waiting for? You already check me right? So can i go now?" Harapnya dengan kewujudan Alvin boleh membantu aku keluar malam ni.

"Sorry dear, you can checkout tommorow morning. Now just take a rest and sleep very well. I will accompany you tonight." Aku mencebik kesal. Ingatkan boleh tolong!

"I think you can go now. I can take care of myself." Aku bukannya nak menghalau tapi masalahnya aku bukan kenal sangat dengan dia. Karang dia laki orang tak ke naya namanya.

"Really? I don't think so. You will go out again and smoking and of course you will take off that. So i don't think i can let you alone." Aku mencebik mendengar alasannya. Betul sangatlah tekaan dia tu!

"It's up to you." Malas nak cakap panjang biar je lah. Lelaki handsome di depan mata, rugi kalau tak dibawa berteman kan!

"So now we're friends?" Aku sekadar mengangguk dan menyandarkan tubuhku. Alvin bangun seraya tangannya tiba-tiba memegang perutku yang berlapik baju. Aku terkejut dan menepis jemari itu. Takkan baru friends terus nak lebih-lebih. Dia sekadar tersenyum seraya meminta sesuatu yang ada di balik baju itu. Aku tersengih, mula faham apa yang dia maksudkan. Kotak rokok mula berganti tangan.

"This mine already." Ucap Alvin seraya memasukkan kotak rokok itu ke dalam kocek seluarnya.

"You make me shock." Ucapku jujur. Alaa setakat rokok dirampas, esok dia boleh beli baru! Alvin tertawa seraya menyelimutku. Dia mengarahku untuk berbaring dan tidur tapi aku belum mengantuk lagi so baik kami 'bergossip'. Kami memang baru kenalan tapi macam dah lama kenal! Maybe sebab Alvin jenis friendly!

Apalagi bukannya tidur malah bercerita dan mendengar cerita Alvin. Wad itu dipenuhi dengan tawa kami berdua. Sekali lagi aku temui lelaki yang nyaman untuk dibawa berteman tapi that will be only friend or not?! IDK!

*******************************************

Sudah sebulan lamanya aku di pusat bandar China iaitu Beijing, selama sebulan itu juga aku banyak menghabiskan masa pergi clubbing, keliling bandar and so on. Niat yang nak cari kerja tu hanya tinggal niat! Tapi kesibukan bandar itu masih terselit kesunyian. Entah mengapa perasaan sepi itu selalu menghukumku. Saat kebebasan aku gapai, kesepian mulai menyerang walhal aku berada di tengah puluhan ribu orang bahkan jutaan.

Seharian ini aku sibuk mencari tempat perlarian seterusnya. Tak, aku masih nak stay di China hanya saja aku nak beralih arah ke desa, nak tukar mood. Lari dari bandar. Aku nak cuba suasana kampung seperti di Indonesia.

Ada beberapa tempat yang aku temui tapi satu tempat ni menarik perhatianku. Perkampungan yang hanya memakan masa perjalanan 4 jam saja dari bandar Beijing, dan disebabkan exticed aku mungkin akan bertolak esok hari.

*******************************************

Awal pagi lagi aku sudahpun terpacak di terminal bas. Aku memilih menaiki bas untuk ke kampung itu, biar dapat rasa naik bas untuk perjalanan jauh. Empat jam bukanlah waktu yang lama, sepanjang perjalanan aku menikmatinya. Melihat ke luar jendela, dari bandar yang penuh dengan kereta bahkan jalan jammed hinggalah ke desa yang mulai lenggang tanpa kereta. Tipulah takde kereta kat kampung itu, mesti ada cuma kurang.

Kampung itu kecil saja, bas berhenti di pekan. Rasanya itulah pusat beli belah untuk warga kampung. Aku bertanya kepada beberapa warga di situ untuk menanyakan rumah sewa. Nasib baik penduduk di situ ramah orangnya malah siap menghantarkan lagi aku untuk berjumpa dengan tuan rumah. Yes... Nasib baik menyebelahiku bila mana dengan mudah aku mendapat rumah sewa. Rumah yang hanya ada satu bilik, tandas, bahkan ruang tamunya bergabung dengan dapur. Al maklum ini kampung so kita ikhlaskan je, bajet untuk rumah sewa ni pun berbaloi gak.

Setelah selesai tentang rumah sewa, aku memilih untuk terus berjalan-jalan di kampung itu. Jarak dari rumah sewa aku ke pekan hanya memakan 10 minit saja berjalan kaki, dan dengar dari cerita tuan rumah tu. Di hujung kampung ada air terjun. That why aku tak sabar nak tengok.

"Excuse me..." Tegurku pada seseorang gadis yang sedang menyorong wanita tua di kerusi roda itu. Pemakaiannya seperti seorang nurse.

"Sorry for disturbing. I just want to know, where the right way to waterfall." Soalku. Nurse itu mulai menunjukkan arah jalan. Sebelum pamit, aku mengucapkan terima kasih. Nenek yang ada di kerusi roda itu memandangku berkali-kali bahkan dia berbicara dengan cik nurse dalam Bahasa mandarin. Sah-sah aku tak faham so aku just senyum and go. Mungkin nenek tu hairan dengan wajah aku yang masih asing di kampung itu.

Sesampai saja di waterfall, aku menikmati ketenangan alam itu. Sumpah best gile! Tiada kesibukan bahkan kesesakan seperti di bandar tapi ianya tampak indah walaupun takde langsung bangunan megah. Ada pun satu je lah rumah yang paling besar dan mewah masa aku lalu, rumah nenek tadi. Agaknya dia yang paling kaya kat kampung ni. Tapi rumah besar macam tu sekalipun kalau hanya seorang dua yang tinggal sah takde guna!

Stay With Me?Where stories live. Discover now