Seharian ini aku banyak menghabiskan masaku di luar. Aku tak nak balik ke bilik, karang sakit hati je lebih. So aku ambil keputusan untuk keliling Bali, mengunjungi tempat yang sering jadi perhatian ramai orang. Sungguh di sini terlalu berbeza jauh dengan UK, hidup di Bali penuh dengan adat resam. Semuanya tampak tahyul tapi itulah kepercayaan mereka.
Kamera yang tergantung kemas dileher jelas pasti sudah terlalu banyak gambar-gambar yang terakam kerna semuanya memukau mataku saat disini. Dari satu tempat ke satu tempat. Ianya indah! Sumpah indah.
BALI HANDARA GATE
Andai saja kedua mereka di sini pasti gambarku akan banyak terakam. Walaupun abang pasti akan membebel panjang dengan gayaku yang tak pandai habis, manakala Eric hanya akan sabar melayan kerenahku. Sungguh aku merindukan mereka walaupun belum sampai sebulan aku meninggalkan mereka.
Melihat seseorang yang sedang tekun menangkap gambar, buatkan aku menegurnya. Niat di hati ingin meminta tolong tangkapkan gambar. Tapi bila dia menoleh buatkan aku terkejut.
"Elsa...." Terlebih dahulu dia mengecamku. Dia jelas turut terkejut.
"Rey..." Ucapku girang seraya memeluknya. Rey senang dengan pertemuan kami lalu membalas pelukanku.
"What you doing here?" Soalnya.
"Just take a short vacation..." Sengihku. Dia memandangku semacam, seakan tak percaya sebelum matanya melilau mencari seseorang.
"I seorang je." Ucapku menghentikan pencariannya dan memandangku semula.
"Like seriously? Elsa just alone here?" Soalnya yang jelas tak percaya. Rey merupakan sahabatku semasa di university. Selepas saja tamat pengajian, Rey pulang ke tanah airnya dan hubungan kami terputus macamtu je.
"Stop it Rey!" Rey masih sama seperti dulu. Dia tertawa, dia seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat saat ini. Elsa, seorang gadis yang dijaga bahkan dikawal ketat oleh kedua abangnya sampaikan kemana-mana saja dia pergi pasti ditemani bodygroud. Tapi hari ini dia seorang diri di tempat orang?! Sulit untuk dipercayai.
"Did you run away from your bodygroud again?" Soal Rey masih lagi sangsi.
"I'm just alone Rey." Beginilah sulitnya membuatkan orang percaya bila dia dah jadi salah satu saksi mata kehidupan.
"Okay...." Rey cuba percaya tapi kesangsian masih lagi terasa. Dia ingat jelas macam mana dia dengan Elsa sering melarikan diri dari bodyguard dan Elsa akan melindunginya dari terlihat oleh kedua abangnya. Yes... Kedua abang Elsa memang terlebih posesif sampaikan Elsa tidak dibenarkan berteman rapat dengan mana-mana lelaki. Tapi Elsa seorang yang degil, tiada yang akan mampu mengawalnya. Bila dia dah buat hal, bodyguard terpaksa kunci mulut kerna yang mendapat hukumannya bukanlah Elsa melainkan bodyguard itu sendiri. So nak tak nak bodyguard tu terpaksa menurut kata Elsa.
YOU ARE READING
Stay With Me?
FantastikSi gadis yang mencari erti sebenar dari kata cinta, entah sudah berapa banyak tempat dituju bahkan sampai pelusuk dunia dia mencari tak kunjung ditemui. Tapi betul ke dia travel ke merata tempat hanya kerna cinta semata ataupun ada alasan lain? Dia...