11 - Jejaka Kacak

3 1 0
                                    

BEIJING DAXING INTERNATIONAL AIRPORT, CHINA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEIJING DAXING INTERNATIONAL AIRPORT, CHINA.

Selamat saja mendarat, aku tersenyum sendiri. Tiada jeritan kali ini hanya saja senyuman bahagia yang terpancar. Walaupun destinasi ini adalah pilihan mendadak tapi semoga saja ini yang terbaik.

"Hey China, Let's create many great moments here." Tekadku dalam hati. Baru saja melangkah perutku mulai meragam. Apalagi bila perut dah bagi alarm berbahaya, langkah terpaksa dicepatkan untuk mencari tandas. Dalam pada sibuk mencari tandas tanpa sengaja aku terlanggar seseorang.

"Sorry... I'm rushing now." Ucapku tanpa sempat membantu insan yang ku langgar. Bagiku perut perlu diutamakan terlebih dahulu. Bila melihat simbol tandas yang ada dihadapan, laju saja aku meluru masuk. Setengah jam di dalam, barulah aku boleh bernafas lega. Geram juga dengan perut yang salah timing, baru nak feeling-feeling tadi!

"First day kat negera orang dah ada pelaburan saham." Sengihku seorang diri seraya mencuci tangan.

"Hey miss..." Tegur seseorang bila mana aku sudah melangkah keluar. Lelaki yang lengkap dengan kemeja hitam.

"Handsome." Ucapku yang jelas kedengaran siap pandang dia atas bawah lagi buatkan lelaki itu tersenyum malu. Malu ke suka?!

"Did you interesting on me?" Sengih lelaki itu buatkan aku tersedar dan tersenyum, malu kerna ditangkap memerhati anak teruna orang! Ehh yakin nau dia masih teruna.

"Nope! Why?" Jawabku tegas. Memang betul pun aku tak berminat, aku just pandang sikit je! Hehehe!

"This your." Hulur lelaki itu. Handphone yang ada pada genggaman lelaki itu buatkan ku hairan seketika tapi tetap ku sambut, dah memang jelas itu milik aku. Sebabnya gambar aku jelas terpampang di skrin layar itu siap dengan senyuman manis lagi tau!

"You accidentally drop its just now." Ujar lelaki itu buatkan aku mengangguk faham.

"Thank you sir and sorry for bumping into you earlier." Sengihku lalu melangkah pergi setelah pamit. Dah nak malam ni, kalau tak cepat kang takkan aku nak tidur kat tepi jalan kot.

Kali ni aku menempah hotel yang tak jauh dari airport. Lagipun aku tak pasti berapa lama aku perlu menetap di sini. Kan aku dalam pelarian so takut nanti lokasiku saat ini dicerobohi. Senang sikit nak lari nanti!

*******************************************
Seminggu berlalu, hidupku berjalan seperti biasa. Mengelilingi tempat-tempat yang indah dalam masa yang sama mencatat kisahku sepanjang perlarian ini terutamanya kenangan di Indonesia, semuanya ku curahkan pada MacBook itu. Mana tahu nanti jadi penulis kan!

Planning terbaru aku, kalau dalam masa seminggu lagi aku masih 'selamat' di sini, aku akan cari kerja part time. Whatever la kerja apa, yang penting kerja. Gila lah kalau tak kerja, mana nak dapat cuan untuk pusing satu dunia. Aku kan tengah 'merajuk' sekarang ni. So still kena kerja, walaupun aku tahu Encik abang tak pernah miss hulurkan duit ke dalam akuan tapi aku tak boleh berharap sangat. Nasib baik ada simpanan so bolehlah mulakan misi memberontak ini.

"Adoii.... perut ni kan! Suka sangat buat hal." Bebelku seraya menyelongkar beg sandang.

"Masa ni jugalah kau habis kan." Bebelku lagi bila mana stok ubat tahan sakit habis. Lupa nak check! Ni kalau tak makan ubat tu, sah kejap lagi mulalah perut tak boleh bawa bincang.

Perlahan hoodie ku capai dan disarungkan ke tubuh. Wallet dan smartphone juga dicapai.

Sesampai saja di hospital besar yang tak jauh dari penginapan, aku menuju ke kaunter. Berdebat seketika dengan jururawat itu, mana taknya aku datang ke situ just nak beli pain killer tapi jururawat itu nak aku kena periksa terlebih dahulu. Kalau je tahu macam ni jadinya, aku lebih sanggup ke farmasi yang jauh berbanding datang ke situ.

Perutku sudah ditahap kemuncak. Menunggu giliran di panggil bagaikan terlalu lama.

"Execuse me miss..." Kata si jururawat tadi. Aku hanya mampu diam, darah di wajah mulai menghilang, jelas pucat terlihat. Untuk berdiri saja aku tak mampu! Perlahan jururawat itu membantu ku untuk bangun dan pap!

Aku dah tak ingat apa yang jadi selepas itu sebab aku pengsan! Sedar-sedar je, tanganku sudahpun disambungkan pada tiub.

"Kurang air ke?" Soalku pada diri sendiri. Lemas terasa tubuh tapi aku paksakan untuk bangun dan duduk menyandar seketika. Tubuh yang diselimuti dengan selimut hospital ku selak. Sakit diperut sudah berkurang mungkin kesan ubat yang disuntikkan tadi. Perlahan wayar tiub itu ku cabut, sakit memang tapi aku lebih rasa sakit bila terperap dalam bilik ni walaupun hanya sekejap! Lagipun aku tahu penyakitku bukanlah tahap kronik, hanya saja sakit perempuan yang sudah terbiasa menjengah tiap bulan, dan memang sudah menjadi kebiasaan buat ku untuk makan pil pain killer sebelum sakit itu datang menyenggat.

Melihat jam pada skrin telefon sudah menandakan 12 malam, sudah pasti aku tak dapat nak 'checkout' dari hospital ini. Aku melangkah menuju ke tingkat atas, taman mini itu buatkan aku dapat menghirup udara malam yang segar. Dingin? Pastilah. Walaupun pakai hoodie, dinginnya masih terasa. Di bumbung bangunan hospital itu aku berdiri dengan santai memeluk tubuh. Beberapa saat kemudian jemari dimasukkan ke kocek hoodie, niat yang hanya untuk memberi kehangatan pada si jari jemari yang kedinginan dan perlahan aku mulai tersenyum bila melihat kotak rokok yang masih banyak tersisa. Perlahan aku keluarkan dan mengambil sebatang rokok, pemetik api mula membakar rokok itu. Dihirup lalu kemudian hembusan asap rokok ku lemparkan ke udara.

Pekat malam menemani, kalau saja kedua encik abang tahu dia merokok habislah! Tersengih seketika. Niat yang hanya mencuba-cuba buatkan aku mulai ketagih untuk merokok cumanya aku hanya merokok ketika stress. Kerna aku masih sayang pada paru-paruku.

Menikmati rokok yang sudah separuh dengan angin malam, tiba-tiba ada jemari yang menganggu kenikmatan itu. Rokok yang tadinya elok di jemari kini sudah bertukar tuan. Ku pandang insan di sebelah dengan riak tak puas hati, tapi huluran lelaki itu buatkan aku memandangnya pelik.

"Hot chocolate to swipe this." Sengih lelaki itu seraya menikmati rokok yang kini sudah tinggal sedikit. Hot chocolate tadi aku sambut, favourite kot. Rugi kalau ditolak. Setakat rokok separuh tu, masih banyak lagi dalam kocek.

"Wait... I think i know you." Ucapku seraya mengamati wajah insan disamping itu.

"Yes that's true." Jawab lelaki yang tak lekang dari senyuman itu.

"You're the man that day, aren't you?" Ujarku lagi bila mengingati gerangan itu. Aku pasti tekaan ku benar dan anggukan dari jejaka itu buatkan aku tersenyum kerna bertemu lagi dengan si jejaka handsome.

"So what you doing here?" Soalku yang menikmati hot chocolate itu.

"Same with you..." Ujarnya tenang. Aku sekadar membalas dengan anggukan kecil. Sembari menghabiskan hot chocolate itu, kami mulai berkenalan dan berbual kosong, sekadar mengisi hening malam yang sepi. Setelah habis hot chocolate dicicipi aku pamit ke tempat 'tidurku'. Dia seperti orang baik yang mudah bergaul dan murah senyuman. Namanya Alvin!

Stay With Me?Where stories live. Discover now