17 - Patah Hati

3 1 0
                                    

Setelah menghabiskan percutian selama 3 Hari 2 Malam dengan si budak nakal di Hong Kong, kami terus berangkat pulang ke rumah Alvin. Sepatutnya percutian itu Alvin ikut sekali tapi last minit dia terpaksa batalkan disebabkan ada tugas yang tak dapat dihindari. Sempat juga dia memujuk untuk aku membatalkan percutian itu, katanya tunggu dia free baru kami pergi tapi mengenangkan Alvie yang pasti akan kecewa kerna percutian ini adalah hadiah Alvin sempena meraihkan keputusan cemerlangnya.

Alvie menghalangku dari memanggil Alvin, katanya nak kejutkan si abang. Perlahan kami melangkah ke bilik bila melihat ruang tamu yang kosong. Dengan langkah yang berjaga-jaga jelas tak mengeluarkan bunyi tapi kala pintu itu dibuka oleh Alvie. Kami kaku seketika melihat apa yang tak sepatutnya. Alvin tidur dengan perempuan lain?

Aku yang merasa dikhianti cuba untuk pergi tapi dihalang oleh Alvie. Alvie menarikku masuk seraya mengambil bantal dan dihempaskan pada si abang yang nyenyak tidur. Aku tersengih seketika melihat perbuatan Alvie yang diluar jangkaan.

Alvin yang terkejut terus bangun, dia memandang kesal pada si adik sebelum dia tersenyum padaku. Aku yang sedang menahan amarah sekadar bersilang tangan.

"What are you doing!" Soal Alvie kesal. Alvin yang bingung bertambah bingung. Dah kenapa adiknya nak marah, dia yang kena hempas dengan bantal dia juga yang kena marah! Pasai pa!!!

"You!! What you doing here!!" Marah Alvie pada wanita yang buat muka tak bersalah dia! Muka sok suci. Alvin menoleh terus terkejut hingga terlonjak bangun. Alvin berbicara dalam Bahasa Mandarin, dengan nada yang jelas marah. Aku sekadar jadi pendengar. Wajah wanita itu ku perhati dengan kesal.

Alvie menarikku untuk pergi bila Alvin dan wanita itu berdebat. Aku yang malas nak melayan sekadar menurut. Alvin menyedari hal itu terus menahan. Tanganku yang tadinya digenggam oleh Alvie kini bertukar tuan. Aku cuba menepis tapi genggaman Alvin cukup kemas. Alvie dengan beraninya menghalau wanita itu keluar. Dengan wajah yang tersakiti, dia melangkah pergi.

"How dare you do this!" Soal Alvie kesal. Alvin mengabaikan Alvie dan mula memujukku untuk percaya. Secara jujur memang aku sakit hati bila tengok wanita lain tidur dengan boyfriend sendiri tapi aku terlebih dahulu kenal wanita itu. Xio Lin, wanita yang seringkali menganggu Alvin dan cuba untuk merosakkan hubungan kami.

"She come with mummy." Pujuknya lagi bila aku memilih untuk berdiam.

"Stop lies!" Marah Alvie.

"Please... say something?" Pintanya tapi aku masih lagi sama. Diam tak berganjak. Bunyi loceng rumah menghentikan debat antara mereka berdua. Alvie bangun dan membukakan pintu, dia yang tengah hangin bertambah kesal bila melihat mamanya datang kembali bersama wanita tadi. Dia cuba menghalang mereka masuk tapi kuasa veto seorang mama buatkan Alvie hanya mampu memberontak dengan cara hentak kaki.

"For what you come here!" Soal Alvie kesal pada wanita itu.

"Alvie watch you mouth. She come here because of me." Tegur Dr Pauline a.k.a mama kepada Alvin dan Alvie.

"Mummy... Please take her home." Pinta Alvin mula bersuara.

"How dare you talk to me like that." Kecewa Dr Pauline bila kedua anaknya lebih berpihak kat aku. Aku yang menyimpan senyum, mendekatkan jarak antara kami dan dengan slamba aku menyandarkan kepalaku ke bahu Alvin. Wajah kelat Xio Lin buatkan aku senang, nak cari pasal sangat kan! Wajah Dr Pauline pun sama kelatnya. Tak suka dengan pelakuan aku.

"Hey you have a fever. Why don't you tell me?" Soalku benar-benar risau bila tanpa sengaja bersentuh kulit dengan Alvin. Panas membahang buatkan aku terkejut.

Stay With Me?Where stories live. Discover now