🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟏

2.2K 70 26
                                    

⋆⋆⋆⋆

    "Hana, jom kahwin."

Tersembur air milo panas yang diminum oleh Afrin Raihana. Terkejut gadis itu apabila seorang jejaka kacak itu mengajaknya berkahwin dengan selamba.

Dia adalah Amsyar Hayder. Amsyar memandang tajam Hana dan menunggu jawapan yang akan keluar pada bibir cantik gadis itu.

"H-hah?!" mata cantik itu memandang wajah Amsyar yang kelihatan santai.

"Answer me. I want the answer now! Let's get married!" tegas Amsyar berkata. Hana tidak mampu berkata-kata lagi. Lidahnya seperti sudah terikat. Dia hanya diam membisu. Maksud yang sama Amsyar berkata namun bahasa yang berbeza. Amsyar mengangkat sebelah keningnya.

"Well, diam bermakna setuju. Mommy and daddy pun dah bersetuju. So, minggu depan proceed, okey?" Amsyar menghirup secawan air kopi. Matanya menatap dalam anak mata Hana yang sudah tergamam itu.

"Saya tak cakap yang saya setuju! Suka hati awak aje kan!" Hana memeluk tubuhnya. Tanda bahawa dia memarahi jejaka tampan itu.

"No bantahan. Kau kena kahwin dengan aku." ujar Amsyar mendatar.

"Maaf ye Encik Amsyar Hayder, saya tidak dapat menerima lamaran awak dan saya tak nak kahwin dengan awak." jawab Hana dengan senyuman manis. Tetapi di dalam hati, sudah menyumpah seranah terhadap jejaka itu.

"I don't want to hear that answer. Just say yes, Hana!" kata Amsyar geram.

"Saya kata tak nak, tak nak lah! Jangan paksa saya boleh tak?" Hana memarahi jejaka itu. Amsyar menggenggam tangannya.

"Tapi aku nak.." jawab Amsyar selamba. Hana memeluk tubuhnya.

"Okey, awak boleh tambah perkataan 'tak' kat situ-" jawab Hana sinis. Wajah Amsyar sudah berukar dingin.

"No.. Kahwin dengan aku." tajam mata Amsyar mencerlung ke dalam anak mata gadis itu. Degil!

"Pfft! Awak cintakan saya ke? Mesti awak nak saya kahwin dengan awak sebab mommy dan daddy suruh-" kata Hana sinis. Amsyar menundukkan mukanya ke bawah dan mengeluh perlahan. Wajahnya diangkat perlahan dan menatap tajam anak mata gadis itu.

Hana sudah tergamam apabila melihat mata jejaka itu yang sudah berubah warna hazel.

"Who said, sayang. Jangan libatkan mommy dengan daddy dalam hal ini. It's because i love you Hana. That's why I want to marry with you." nada ton suara Amsyar berubah, dari mendatar ke nada yang sangat lembut.

Hana tertelan liurnya. Ini..

Hays.

Personaliti pertamanya..

"Hays.." seru Hana perlahan. Hays senyum manis. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Hana. Mata mereka bertentangan.

"Sayang, I just want to hear the words 'Yes' from your pretty and sexy mouth, please.." rayu Hays dengan suara yang lembut dan menggoda. Hana menundukkan wajahnya. Sememangnya Hana sangat suka perwatakan Hays berbanding Amsyar.

"Sorry, but I can't.. I can't accept you.." Hana bersuara perlahan. Takut jika Hays memarahinya atau membentak.

"Why? Am I not good or perfect for you, sayang? Hm?" soal Hays lembut. Hana menggeleng laju. Hays terlalu baik padanya.

"Sorry, but i need some time to think about it. Kahwin ni bukan perkara yang main-main. And i have my own reason why I don't want to accept you." ujar Hana. Diperlahankan suara bagi menyebut ayat terakhir itu.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now