🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟑

626 39 5
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Semua mata memandang wajah Andhika yang sudah berang itu. Lelaki itu hanya memaparkan wajahnya yang kosong itu lantas menuju ke dapur.

Terbuntang besar mata Andhika apabila dapat melihat dapur rumahnya terbakar. Terdapat banyak hitam-hitam yang berada di atas dapur tersebut. Macam dah rentung pun ada!

Matanya tajam merenung lima orang anak buahnya yang sedang berada di tepi meja makan seraya menundukkan kepala.

"Rey.. Sorry. Terbakar." ujar Ezra perlahan.

"Dah tu, kalau terbakar. Kau nak suruh aku buat apa? Puji korang? Tahniah sebab dah berjaya bakarkan dapur rumah aku? Macam tu?" soal Andhika dingin. Wajahnya kosong sahaja merenung tajam lima orang anak buahnya.

"Erm.. Sebenarnya rey. Saya tak terlibat pun dalam hal ni." ujar Kael mendatar. Terjongket kening Andhika. Bibirnya menyenget sedikit.

"Kalau kawan kau terlibat. Kau pun kena sekali Kael." ujar Andhika mendatar. Kael mengeluh perlahan.

"Wah.. Masih lawa lah dapur dia walaupun dapur dah terbakar. Kan Wais?" muncul Daim teruja. Uwais, Aaron, Zamir dan Putra juga muncul sekali.

"Ha'ah lah. Makin estetik." ujar Uwais yang sudah menganga luas mulutnya. Andhika menatap datar anak-anak buah Asyraf yang selamba badak sahaja masuk ke dalam dapur dan melabuhkan punggung di atas kerusi.

Ezra, Elias, Ryder, Kael dan Luke hanya memerhati orang-orang asing tersebut.

"Siapa ni rey? Macam tiber aje ada kat sini." bisik Luke di telinga Andhika.

"Anak buah adik ipar aku." balas Andhika lalu berlalu pergi meninggalkan dapur.

"Kemas dapur ni." ujar Andhika lagi lalu bergerak menuju ke ruang tamu. Ezra, Elias, Kael, Ryder dan Luke hanya merenung pemergian majikan mereka.

"Uish. Put! Kau tengok ni! Estetik gila pisau dia. Warna emas." teruja Aaron lalu menyentuh pisau tersebut. Putra mengerutkan dahinya lalu menilik pisau tersebut.

"Cis. Bukannya pisau emas betul pun—" jawab Putra membuat muka.

"Err hai.. Korang!" sapa Ryder dengan sengihan. Dia melambaikan tangannya kepada mereka berlima. Wajah Aaron, Uwais, Daim dan Zamir sudah teruja manakala Putra hanya menjeling.

"Eh hai! Korang siapa? Aku Aaron!" kata Aaron dengan senyuman lebar lalu menghulurkan tangannya.

"Sepatutnya kita yang tanya diaorang siapa." bisik Elias di telinga Ezra. Ezra mengangguk perlahan.

"Aku dengarlah korang mengumpat. By the way, kitorang berlima ni anak buah king! King Asyraf Hayden." kata Daim dengan senyuman. Terkedu Ezra, Elias, Luke, Kael dan Ryder.

"King Asyraf Hayden?!" soal Luke membesarkan matanya.

"Ha'ah, kenapa?" soal Uwais.

"Takda apalah. Cuma.. Dia kan ketua mafia kat Itali. Siapa aje yang tak kenal dia." kata Ezra dengan senyuman nipis.

"Betul tu!" Aaron terlompat kecil.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now