♪♪♪
Seminggu kemudian..
Amsyar menumbuk kuat dinding sehingga tangannya mengeluarkan cecair pekat.
"Bro.. Sabar bro.." Daim menarik bahu kawannya.
"Dah seminggu, takkan kau nak suruh aku bersabar lagi? Bini aku hilang kau tau tak!" Amsyar mencerlung tajam menatap Daim. Daim tersengih.
"Sabar jelah. Kau tengok king tu, relax aje bila reina kena culik." ujar Uwais perlahan. Dia membuat muka apabila Amsyar mula mengetap rahangnya.
Asyraf menatap datar wajah Amsyar yang sudah berang itu. Dia meminum secawan kopi sambil duduk di atas sofa dengan tenang. Relax sudah ler.. Bukannya bini kau mati pun.
Amsyar segera menuju ke abangnya lalu ditarik kolar baju lelaki itu. Terangkat sebelah kening Asyraf. Air kopi diletakkan di atas meja.
"Kau ni dah kenapa Asy? Bini dengan anak-anak kau kena culik, kau boleh selamba je minum kopi?!" marah Amsyar. Asyraf hanya menarik senyuman.
"Salah ke?"
"Kau memang bodoh! Haritu bukan main kau macam orang gila bila kakak ipar kena culik dengan Qayyum. Tapi kali ini? Kau biar aje dia kena culik. Dah seminggu bodoh! Dah seminggu bini kau, anak-anak kau, Asyura dengan bini aku kena culik!" ujar Amsyar kuat Wajahnya sudah berang. Mahu sahaja dia menumbuk wajah abangnya itu.
"Biar jelah diaorang kena culik." balas Asyraf mendatar. Bibirnya menyenget sedikit.
BUK
Amsyar menumbuk wajah abangnya.
"Bodoh! Suami jenis apa kau ni?!" ujar Amsyar. Asyraf ketawa kecil. Dia mengelap setitik demi setitik darah yang keluar dari hujung bibirnya.
Amsyar mahu menumbuk wajah abangnya sekali lagi namun dihalang oleh Aaron.
"Eh dah-dah. Janganlah tumbuk king." ujar Aaron mempertahankan majikannya. Asyraf menepis tangan Amsyar. Wajahnya sudah lebam ditumbuk oleh adiknya dan tepi bibirnya sudah luka dan berdarah sedikit. Kuat juga mamat ni tumbuk.
"Kau ni kenapa Aaron? Apasal kau nak bela orang gila ni?" soal Amsyar mendatar.
Aaron tersenyum nipis.
"Amsyar.. Ada satu benda yang aku nak bagitahu kau." Aaron memegang bahu Amsyar. Amsyar menepis kuat. Sibuk lah nak pegang bahu aku!
"Apa?" soal Amsyar mengalihkan pandangan ke lain. Aaron tersenyum nipis.
"Bini kau selamat. Jangan risau." terkedu Amsyar apabila Aaron memberitahunya bahawa Hana selamat.
"Selamat? So, maknanya kau tahulah yang Hana kat mana?" soal Amsyar mendatar. Aaron mengangguk perlahan.
"Aku tahu dah lama dah.. Empat hari lepas—"
BUKK
"Kau kenapa tak bagitahu aku bodoh?!" Amsyar menumbuk kuat wajah Aaron. Aaron menahan tangan kawannya.
"King kata jangan bagitahu kau dulu." ujar Aaron menghela nafas perlahan. Amsyar menatap tajam Asyraf yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.
YOU ARE READING
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]
Diversos❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia mema...