🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟐𝟒

221 28 1
                                    

⋆⋆⋆⋆

          Amsyar menarik beg bagasinya dan mula turun dari private jet nya. Dia ternampak Aaron yang sedang membetulkan topi.

"Weh, kau tak call bini kau ke?"

Amsyar menggeleng perlahan. Dia tersenyum sendirian.

"Aku nak buat surprise untuk dia." ujar Amsyar perlahan. Aaron mengangguk perlahan. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati.

Aaron hanya menghiraukan perasaan hatinya. Mungkin dia terlalu banyak memikirkan pasal kerjanya.

"Jom Am. Kita pergi makan. Aku laparlah." Aaron tersengih lalu memegang perutnya. Amsyar mengangguk sedikit lalu mereka pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan mereka.

⋆⋆⋆⋆

          Amsyar melihat sekeliling halaman rumahnya. Sunyi je rumah dia ni. Bini aku takda kat dalam ke?

Amsyar membuka pintu rumahnya menggunakan kunci rumahnya.

"Assalamualaikum.. Sayang?" seru Amsyar perlahan. Namun, tiada yang menjawab.

"Sayang.." Amsyar mula mencari isterinya di dalam rumahnya. Di ruang tamu mahupun di dapur. Namun, masih tiada sesiapa di situ.

Kaki Amsyar melangkah menaiki tangga dengan perlahan. Tangannya membuka pintu bilik tidurnya. Amsyar tersenyum kecil ternampak gadis itu, dan tiba-tiba senyumannya mati apabila melihat isterinya sedang mengemas bajunya dan meletakkan di dalam beg bagasi.

Isterinya itu membelakangkan dirinya yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu bilik tidur.

"Sayang, kenapa ni? Sayang nak pergi mana?" Amsyar meluru ke arah Hana dan menahan tangan gadis itu dari mengemas baju.

Hana memandang wajah Amsyar dengan air mata yang laju mengalir. Tangannya menepis tangan suaminya yang memegangnya.

Tergamam Amsyar. Kenapa isterinya tiba-tiba begini?

"Kenapa balik?" soal Hana mendatar.

"Kenapa tanya macam tu? Tak suka aku balik?" soal Amsyar mendatar. Hana tersenyum perit.

"Kalau ya pun, kenapa?" soal Hana dengan dingin.

"Eh kejap.. Aku ada buat salah dengan kau ke?" soal Amsyar dengan muka yang bingung. Seingatnya, dia tidak pernah buat salah dengan gadis kesayangannya.

"Baru saya tahu kenapa awak suka sangat pergi luar negara.. Sebab awak suka pasang perempuan lain belakang saya kan?" soal Hana dengan nada suara yang bergetar.

"Eh, apa kau merepek ni? Sejak bila aku ada pasang perempuan lain ni? Boleh tak kau jangan nak mengarut. Kau fikir aku ni lelaki macam tu ke?" soal Amsyar dengan nada suara yang hampir mahu memarahinya.

"Tak payah nak pura-pura lah Amsyar Hayder! Awak fikir saya duduk rumah ni tak tau apa-apa ke apa yang awak dah buat kat sana?" marah Hana dengan air mata yang masih laju mengalir.

Amsyar meraup kuat mukanya dengan kasar. Dia mengeluh perlahan.

"Okey, kau bertenang dulu. Sekarang ni, mana kau dapat info ni, sayang?" soal Amsyar lembut. Dia mula memegang lembut pinggang gadis itu.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now