🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟐

753 45 11
                                    

⋆⋆⋆⋆

       Semua mata memandang Adeline dan Andhika yang sedang bermain dengan anak mereka, Andre Dariel dan Andie Darien.

"Apa?" soal Andhika mendatar.

"So, korang lah yang culik bini aku?" soal Amsyar mendatar. Dia mengecilkan matanya memandang dua pasangan tersebut.

"Bukan aku. Tapi anak-anak buah aku. Aku yang suruh mereka buat kerja. Sebenarnya, aku suruh diaorang serang Lion Hunter, tapi diaorang tu bangang sangat pergi culik bini-bini korang ni." ujar Andhika panjang lebar.

"Lah? Dah kenapa pula tiber sangat tu?" soal Zamir. Andhika mengangkat bahu.

"Rey!" panggil seseorang dengan kuat. Lantas semua mata menoleh memandang pemilik suara tersebut. Andhika menatap datar wajah anak buahnya.

Translate : Rey = King

"Hm. Nak apa?" soal Andhika dingin. Tersengih anak buah Andhika.

"Minta maaf sebab...."

Semua mata memandang anak buah Andhika yang sudah tersengih.

"Kenapa?" soal Daim tiba-tiba. Putra memukul kuat Daim. Sibuk jelah! Tu kan hal diaorang.

"Sebab—"

"ARGHH!!! Apa kau buat ni Ezra! Habis terbakar dapur ni woi!!!" jerit satu suara yang berada di dapur iaitu anak buah Andhika yang bernama Kael. Terkaku Andhika dan Adeline. Suara anak-anak buah Andhika sangat kecoh di dapur.

"Terbakar?" soal Uwais memandang Danial.

"Apa? Asal terbakar aje tengok aku. Tengoklah Amsyar tu!" marah Danial. Uwais tersengih. Bukan apa, teringat yang rumah Asyraf terbakar haritu.

"Hehe.. Rey.. Bawa bertenang. Jangan marah, nanti hod—" ujar Luke mencuba untuk menenangkan majikannya. Andhika melepaskan tembakan pada Luke.

BANG

"ARGH!!" jerit Luke apabila tembakan Andhika tersebut hampir terkena pada bahunya. Tembakan tersebut sudah tembus di dinding belakang. Luke tersengih.

"Rumah aku ni bodoh. Korang buat apa hah dekat dapur rumah aku ni?" soal Andhika dingin. Dia mengetap kuat rahangnya. Luke menggaru kepala. Kami goreng mi aje! Si Ezra tu haa terlebih pandai sangat.

"Ryder! Cepat ambilkan air!" arah Ezra dengan kelam kabut. Ryder mengangguk laju.

"Nah nah!" Ryder menyerahkan sebaldi air kepada Ezra. Ezra pantas menyimbah air ke api tersebut.

SPLASH!

Api semakin lama semakin membesar. Tergamam Ezra. Err, guna air pun tak menjadi.

"TOLONG!!! AKU TAK NAK MATI KAT SINI!!! AKU TAK KAHWIN LAGI!!!" jerit Elias dengan kuat. Mereka yang berada di ruang tamu itu ternampak kelibat lelaki itu yang sedang berlari mengelilingi kawasan dapur tersebut.

"Ni semua kau punya pasallah!!!" Ryder menumbuk bahu Ezra.

"Sorry lah weh. Mana lah aku tahu dapur ni akan terbakar.." kata Ezra perlahan. Rasa sebersalah lah pula.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now