⋆⋆⋆⋆
Asyraf mengeluh perlahan. Dia meraupkan wajahnya berkali-kali. Daim, Aaron, Uwais dan Zamir hanya memerhati kelakuan majikan mereka manakala Putra dan Danial sedang mencari lokasi Asyura.
Seseorang menghampiri mereka semua dengan nafas yang tercungap-cungap. Mata Asyraf tajam menatap wajah itu.
"Kau lambat." ujar Asyraf dingin. Berkerut hebat dahi Amsyar.
"Apasal pula? Aku lambat 10 minit aje pun." balas Amsyar mendatar.
"Asyura kena culik kau masih nak terhegeh-hegeh lagi ke? Cuba kau bayangkan bini kau kena culik, lepastu aku lewat satu jam. Tak ke jadi beruk kau masa tu." kata Asyraf mendatar. Matanya tajam menatap wajah Amsyar yang menjelingnya.
"What the— Bro, aku lewat 10 minit aje, cara kau cakap tu macam aku lewat 10 jam." jawab Amsyar dengan nada suara yang semakin meninggi.
"Takda beza pun. 10 minit dengan 10 jam. It's the same thing!" balas Asyraf sinis.
Amsyar membuat muka menjengkelkan. Dia hanya diam seketika sebelum berbicara.
"Baru aku faham kenapa matematik kau selalu failed masa sekolah dulu." ungkit Amsyar dengan gelakan yang kuat.
"Bodoh, benda lepas jangan ungkit sial—" berang Asyraf.
"Eh dah-dah. Janganlah gaduh. Result matematik aje pun. Aku lagi teruk, markah matematik 0 per 100 mat!" kata Daim menghalang dua beradik itu dari bertengkar. Terdiam semua orang apabila mendengar kata-kata selamba Daim.
Terhenti tangan Danial yang sedang menaip sesuatu pada komputer ribanya. Mata menoleh memandang wajah Daim yang sudah kembang itu.
"Seriuslah? 0 per 100?" soal Danial mengerdipkan matanya berkali-kali. Daim mengangguk laju lalu senyum bangga.
"Kau bangga?" soal Zamir membulatkan matanya.
"Of course.." balas Daim selamba.
"Patutlah kau kerja dengan king sebab takda siapa accept kau masuk universiti." ujar Putra perlahan. Tangannya laju menaip pada komputer ribanya.
Wajah Daim berubah apabila Putra berkata seperti itu. Dia tersenyum hambar.
"Ya... Betul tu—"
"Dah, cepatlah. Bila nak bincang ni?" soal Amsyar mendatar.
"Korang bincang jelah, aku dengan Nial tengah busy ni.." kata Putra serius.
"So, sekarang ni. Siapa yang culik Asyura?" soal Amsyar. Mata memandang Aaron yang sedang menenyeh matanya.
"Apasal semua pandang aku ni?" soal Aaron menuding jari ke arah dirinya.
"Jangan tanya soalan tak masuk akal, Aaron. Aku lempang, mampus satgi. Jangan suruh aku bacakan Yasin untuk kau." laju Amsyar menjawab. Tersengih Aaron pada ketika itu.
"Lion Hunter lah yang culik adik kau tu." jawab Aaron mendatar. Amsyar berdecit.
"Cis.. Tak habis-habis Abdul Samad tu." ujar Amsyar perlahan.
YOU ARE READING
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]
Random❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia mema...