⋆⋆⋆⋆
Amsyar membuka pintu bilik hotel yang ditempah olehnya menggunakan kad. Tangannya merangkul pinggang isterinya. Aaron yang mengikuti mereka berdua dari belakang mula bercakap sendirian.
"Aduu Am, apasal lah kau bodoh sangat. Takkan lah kau tak kenal bini kau?" Aaron berkata perlahan. Wajahnya sudah panik.
Klik!
Pintu bilik hotel dibuka perlahan. Dia menarik Hana untuk masuk ke dalam bilik tidur mereka. Aaron sudah gelabah.
Apabila Amsyar mahu menutup dan mengunci pintu bilik tersebut, Aaron menghalang pintu tersebut dari ditutup.
"Nanti dulu!" kata Aaron dengan perlahan. Dia menahan pintu tersebut.
"Kau ni dah kenapa?" soal Amsyar mendatar.
"Err Am, aku ada benda nak cakap dengan kau ni." ujar Aaron dengan gelisah.
"Hm, cakap jelah." balas jejaka itu.
"Tak boleh, dia ada kat sini." kata Aaron perlahan. Amsyar mengerutkan dahi kerana tidak faham akan kata-kata kawannya. Dia tu siapa pula?
"Kita cakap dalam WhatsApp jelah." sambung Aaron. Amsyar menggumam perlahan lalu menutup perlahan pintu bilik serta menguncinya dari dalam.
Aaron mengeluh perlahan. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya lalu aplikasi WhatsApp ditekan. Chat Amsyar Hayder ditekan lalu dia menghantar mesej kepada lelaki itu.
Aaron menutup semula telefon bimbitnya. Otaknya ligat berfikir sesuatu, pantas dia berlari masuk ke dalam biliknya yang berada di hadapan bilik Amsyar.
Hana menarik tangan suaminya yang hanya berdiri di depan katil yang hanya merenung wajahnya. Amsyar terduduk di atas katil, lantas Hana mula duduk di atas riba suaminya.
Berkerut dahi Amsyar. Matanya hanya merenung lama wajah Hana. Hana lantas mengusap wajah jejaka itu dengan usapan yang lembut.
"Amsyar, awak tak rindu saya ke?" soal Hana dengan nada yang menggoda.
"Erm.. Aku.. Mestilah aku rindu." jawab Amsyar mendatar.
Amsyar rasa jantungnya mahu terlompat keluar kerana Hana tidak pernah berkelakuan begini terhadapnya. Gelaran nama yang memanggilnya pun lain. Tetapi, pada hari ini..
"Amsyar..." seru Hana lembut. Amsyar menggumam sahaja.
Hana mendekatkan wajahnya pada wajah Amsyar, namun Amsyar menolak tubuh itu menjauh darinya. Dia lantas bangun dan menjauhi gadis itu. Eh apa benda ni babun? Seram lah gila!
"Sayang, kenapa ni?" soal Hana dengan manja. Amsyar memandangnya dengan penuh rasa hairan. Hana tidak pernah berkelakuan begini. Biasanya, dia yang buat begini kepada Hana. Tapi sekarang ni jadi reverse pula. Apa jadi ni?
"Boleh tak, kau jangan dekat dengan aku?" soal Amsyar mendatar. Hana tersenyum manis.
"Why?" Hana menjawab dengan soalan.
"You're different today." balas lelaki itu mendatar. Hana menggelengkan kepalanya.
"I'm not different, honey.. It's me, your wife.. Hana." soal Hana dengan senyuman manis. Dia berdiri dan berjalan mendekati Amsyar. Amsyar memejamkan matanya kerana ketakutan.
YOU ARE READING
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]
Random❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia mema...