🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟒

735 44 11
                                    

⋆⋆⋆⋆

        "Sayang.." kedengaran suara Amsyar yang memanggilnya dari bilik tidur mereka. Terhenti Hana yang sedang memasak.

"Hana, mana kau. Aku nak kau.." suara itu memanggil dirinya lagi. Hana hanya mengerutkan dahinya, tanda dia risau akan suaminya itu. Mesti lelaki itu memerlukannya.

"Mia amo.." muncul Amsyar yang baru sahaja turun dari tangga. Wajahnya kusut. Bibir pula semakin lama semakin pucat. Dia memeluk erat pinggang isterinya.

Hana menutup api.

"Amsyar. Kenapa ni?" soal Hana dengan riak wajah yang risau. Amsyar memeluk tubuh kecil itu lalu menyandarkan kepalanya pada bahu isterinya.

"Sakit.." Amsyar bersuara perlahan.

"Sakit apa?" Hana mengelus kepala lelaki itu. Amsyar terdiam. Dia menelan liurnya. Nafasnya tiba-tiba menjadi tidak teratur.

Hana yang menyedari suaminya yang tiba-tiba berubah itu lantas dia memegang wajah Amsyar.

"Amsyar. Kenapa ni? Awak okey tak?" soal Hana yang sudah risau. Amsyar menarik nafas dengan perlahan.

"Hana.. Aku..."

Amsyar memandang Hana dengan nafas yang tidak teratur. Dia terasa lain sangat-sangat bila dia memeluk isterinya.

"Tell me. Kenapa ni?" soal Hana lembut dengan senyuman.

"Aku nak kau." ujar lelaki itu menelan liurnya. Berkerut hebat dahi gadis itu.

"Saya dah ada kat sini." jawab Hana lembut.

"Bukan. Aku cuma nak kau aje." ujar Amsyar dengan wajah yang serius. Terkedu Hana dengan perubahan lelaki itu. Apa jadi dengan suaminya ini? Kenapa tiba-tiba dia berubah?

"Saya—"

Amsyar menolak tubuh Hana dengan kasar pada dinding lalu bertindak untuk mencium rakus bibir gadis itu. Hana mencuba untuk menolaknya namun tidak boleh kerana Amsyar lebih kuat darinya.

"Oh god. I really want you so much." ujar Amsyar dengan helaan nafas yang berat lalu mencium lagi bibir isterinya. Dia meramas kasar pinggang gadis itu.

Hana menolak kuat tubuh Amsyar. Terhenti perbuatan lelaki itu.

"Amsyar. Awak kenapa ni?" marah Hana. Amsyar menarik senyuman senget.

"Let me..." ujar Amsyar lantas menggendong tubuh isterinya ala bridal style lalu dibawa ke dalam bilik tidur mereka.

"Amsyar! Eh lepaslah! Saya tak habis masak lagi!" kata Hana dengan kuat. Amsyar hanya menghiraukan suara isterinya itu.

Amsyar mengunci pintu bilik tidur mereka lalu dia menghempas tubuh Hana di atas katil. Kepala Hana sudah pening. Sakit woi kepala aku!

Baru sahaja Amsyar mahu menindih gadis itu, Hana bersuara..

"Eh eh. Nanti dulu. Cuba bagitahu saya, awak kenapa ni? Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?" soal Hana lembut. Amsyar terdiam. Nafasnya masih lagi tidak teratur.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now