⋆⋆⋆⋆
Mata Hana terbuka seluas-luasnya. Dia mimpi buruk tadi. Kenapa dia rasa dia diculik eh?
Dahi dikerut. Tempat apa ni? Apasal hodoh sangat? Suami aku mana pernah pergi tempat hodoh ni. Bau busuk pula tu. Macam bau...
"Eiii bau darah ke ni?" Hana mahu menutup hidung tetapi tangannya diikat kemas menggunakan tali.
Klik!
Automatik kepala Hana beralih melihat ke arah pintu yang sudah berkarat itu. Pintu itu dibuka perlahan oleh seseorang.
Sreeeettttttttt!
Telinga Hana berdesing kuat apabila bunyi pintu yang berkarat itu berbunyi kuat. Pintu tu dah lama kot. Janganlah masuk. Buat sakit telinga aku aje!
Muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam. Berpakaian baju kemeja hitam. Aik? Macam kenal aje..
Lelaki itu menghampiri Hana. Semakin lama semakin jelas wajah lelaki itu kerana wajah lelaki itu disinari dengan cahaya matahari yang menembus dari cermin.
Erk?
Berkelip-kelip mata Hana.
Tak..
Sejak bila aku kenal dia? Muka dia pun aku tak pernah nampak.
Lelaki itu menghampirinya dengan wajah yang kosong dan tiada perasaan itu. Tangan lelaki itu berada di dalam kocek seluar.
"Ya, nak apa encik?" soal Hana berhati-hati. Bukan apa, muka lelaki tu macam batu aje. Tak ada perasaan langsung. Huh! Nasib baik tak handsome!
Lelaki itu mencangkung di hadapan Hana dan melihat dalam anak mata Hana. Sungguh dalam pandangan itu. Apa maksudnya eh?
Dia suka aku ke? Dia nak tackle aku ke?
Tertelan liur Hana. Tiba-tiba rasa macam nak lari dari sini. Tapi tak boleh..
Mata lelaki itu beralih pula melihat tangan yang diikat oleh tali.
"Kenapa encik tengok tangan saya macam tu? Encik nak tolong lepaskan ke?" soal Hana dengan perlahan. Mata lelaki itu automatik merenung tajam anak mata Hana.
Uish syeramnya dia..
Tapi sayangnya..
Bisu.
Huhuhu..
Lelaki itu dengan tiba-tiba menaikkan tangan kanannya lalu mengelus pipi gadis itu. Terkedu Hana. Dia mahu menepis, tapi disebabkan tangannya yang sudah diikat, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya diam merenung anak mata lelaki itu.
"Bonŝance vi estas sekura ĉi tie." lelaki itu berkata dengan sangat perlahan. Matanya berubah lembut apabila menatap anak mata gadis itu. Tangan lelaki itu naik mengusap perut Hana yang semakin lama semakin membesar itu.
Translate : Nasib baik kau selamat di sini.
Hana mengerutkan dahinya. Dah lah bisu, pastu suara tu slow pula tu. Lebih baik tak payah cakap!
YOU ARE READING
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]
Random❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia mema...