🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟒

1K 55 16
                                    

⋆⋆⋆⋆

Air mata Hana mengalir perlahan. Kini, dia sedang disolek oleh Mak Andam. Mak Andam mengeluh perlahan.

"Dah-dah lah tu menangis, habis cair makeup kamu ni.." ujar Mak Andam menggelengkan kepalanya.

"Hana, kau jangan sedih macam ni.. Kalau kau sayangkan dia, kau kena rela untuk lepaskan Amsyar." ujar Dareen lembut.

"Kau tak faham aku Dareen. Aku tak nak kahwin dengan lelaki tu.. Tolonglah.. Aku harap nanti akan ada seseorang yang hancurkan majlis ni." balas Hana mengetap bibirnya.

Dareen menepuk bahu kawan baiknya. Dia juga turut menyokong apa yang dikatakan oleh Hana. Hana juga telah bercerita kepadanya tentang ibu bapa Hana yang telah dipaksa oleh Khairul untuk kahwinkan Hana dengan lelaki itu.

Dasar lelaki tidak berguna! Pergi mati saja kau!

Pintu bilik dikuak perlahan. Muncul wajah ibu Hana, Puan Maryam yang sedang tersenyum nipis kepadanya.

"Hana dah siap? Jom turun bawah." ajak Puan Maryam. Mak Andam mula menyimpan alat solek itu dengan kemas dan disimpan alat solek itu dengan teratur ke dalam beg alat solek.

Hana mengangguk perlahan. Dia memegang erat tangan Dareen. Dareen senyum tipis terhadap kawannya.

Puan Maryam pula memegang erat tangan kanan anak perempuannya. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir tanpa disedari oleh gadis itu.

⋆⋆⋆⋆

Kini, semua orang sudah berkumpul di dalam rumah Hana. Begitu juga wali iaitu Encik Rasyid yang merupakan ayah Hana.

"Mana pengantin lelaki? Sudah setengah jam ni. Sepatutnya majlis bermula sekarang. Tapi batang hidung pun tak nampak." ujar seorang pakcik yang merupakan saksi disitu.

"Kejap lagi sampai lah tu. Tengah bersiap lah kot." ujar Encik Khairil, ayah kepada Khairul Fahmi.

"Ril, kau cuba telefon anak kau tu. Kot-kot dia accident kang. Tak jadi kahwin anak Rasyid ni." usik Encik Jaafar merupakan kawan baik Encik Rasyid.

"Yelah." balas Encik Khairil.

Hana yang turut mendengar perbualan orang-orang tua lantas menarik senyuman melebar. Namun, senyuman itu dimatikan sebaik sahaja dipandang oleh ibunya, Puan Maryam.

"Err.. Ibu.. Hana pergi tandas kejap. Nak terkencing dah ni." ujar Hana dengan sengihan. Puan Maryam menggeleng kepala.

"Kamu ni, pengantin lelaki dah nak sampai dia baru nak pergi tandas! Dah pergi cepat. 5 minit aje ibu bagi." kata Puan Maryam. Hana membesarkan matanya. 5 minit aje?! Sekejapnya, dah lah baju pengantin ni besar!

Tanpa berlengah masa, Hana terus memecutkan diri untuk ke tandas.

"Uish lega.." balas Hana. Tiba-tiba, matanya tertangkap sosok tubuh yang tidak dikenalinya itu. Dia sedang mengambil air di dalam coway di dapur rumahnya. Hana mengerutkan dahinya, siapa tu? Gaya badan macam Khairul aje.

"Ehem.. Assalamualaikum.." seru Hana perlahan. Tersembur air coway yang diminum lelaki itu ke dalam singki lalu dia berpaling ke arah belakang. Senyumannya melebar.

"Waalaikumussalam. Eh hai Hana!" balas lelaki kacak itu dengan teruja.

"Awak rupanya Daim, awak buat apa kat sini?" soal Hana.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now