🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟓

741 44 5
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Amsyar termenung sendirian di balkoni. Di tangannya ada telefon bimbit kepunyaannya. Hana berada di dalam kamar mandi.

'Bagilah aku keluar. Aku nak jumpa awek aku.'

Suara itu bergema di dalam kepala Amsyar. Amsyar mengetap giginya.

"No." balas Amsyar dengan nada yang dingin.

'Please.. Aku nak kiss dia..' ujar Hays perlahan.

"Tak boleh, aku seorang aje yang boleh sentuh dia." kata Amsyar mendatar.

'Bodoh.'

Amsyar tergelak sinis dengan kata-kata Hays. Kepalanya mula berdenyut secara tiba-tiba.

"Argh! Apa kau buat ni Hays?!" Amsyar memegang kepalanya.

'Aku nak jumpa Hana aje. Tapi kau tak bagi. Apa kata kalau aku sakitkan kau?' kata Hays dengan sinis.

"Arghh! S-sakitnya!" Amsyar terduduk lalu memegang kepalanya. Hays mula tertawa dengan kuat.

'Tulah kau. Kedekut. Hana tu bukannya kau seorang aje punya. Dia pun aku punya juga.' kata Hays lembut dengan sinis.

"Bodoh kau Hays! Kepala aku- Arghh!" kuat suara Amsyar sehingga Hana yang berada di dalam kamar mandi segera keluar dengan kelam-kabut.

"Amsyar! Kenapa ni?" soal Hana yang mencuba untuk menenangkan suaminya.

"Sakit.." kata Amsyar perlahan. Dia memeluk tubuh kecil isterinya yang hanya memakai tuala sahaja. Hana mengusap kepala suaminya.

"Dah makan ubat belum?" soal Hana lembut.

"Tak nak. Rasa dia pahit." balas Amsyar manja. Sakit di kepalanya hilang tiba-tiba apabila tangan Hana naik mengusap kepalanya.

Amsyar tergelak sinis secara tiba-tiba. Hana sudah naik hairan. Gila ke apa suami aku ni?

Cup!

Terkaku gadis itu. Dia cium pipi aku? Tapi kenapa tiba-tiba aje ni?

"Hello little pie." ujar Amsyar lembut. Lantas Hana memandang tepat pada wajah Asmyar. Terpempan Hana apabila mata Amsyar sudah bertukar warna Hazel.

Oh my god..

Is he..

Hays?

"I miss you damn so much, my Hana." Hays mula mencium rakus bibir girlfriend nya.

"Hays?"

"Mhm?" gumam Hays dengan lembut. Dia merangkul pinggang gadis itu dari depan supaya menghadap dirinya manakala tangan Hana diletakkan di lehernya.

Hana tersengih lalu menggeleng tanda tiada apa-apa. Mata Hays merenung tubuh Hana dari atas sampai ke bawah. Kemudian, bibirnya tersungging senyuman sinis.

Hana sudah menelan liur. Matilah aku.. Kalau Amsyar bolehlah nak pakai tuala depan dia, tapi kalau dengan Hays ni...

Erm.. Mamat tu pervert sikit.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now