⋆⋆⋆⋆
Ding dong!
Terus terdiam Dareen Aryana yang sedang blushing itu tadi. Hana bangun lalu menerpa ke arah pintu rumah.
Klik!
Pintu rumah dibuka perlahan. Hana mengintai sekeliling. Di hadapannya, ada seorang lelaki yang memakai seragam polis.
"Ada apa ya polis?" soal Hana.
"Assalamualaikum puan. Boleh saya tanya sesuatu?" soal Amsyar mendatar tetapi tegas. Dah macam polis betul dah.
"Waalaikumussalam. Boleh. Apa dia ya encik?" soal Hana. Dia memandang wajah polis yang memakai mask hitam itu. Tengok mata macam kenal aje.
Amsyar mengeluarkan sehelai kertas yang di print olehnya. Tergamam Hana apabila di dalam kertas itu ada gambarnya.
"Kami dapat laporan dari pihak polis bahawa seorang perempuan ini telah hilang seminggu lalu." ujar Amsyar mendatar. Hana menggaru kepalanya.
"Adakah puan pernah nampak muka gadis ini?" soal Amsyar dingin.
"Err.. Macam kenal aje muka tu.." ujar Hana perlahan. Amsyar menyengetkan bibirnya.
"Memanglah kau kenal, sebab itu muka kau." balas Amsyar mendatar. Hana senyum kekok. Tiba-tiba aje berubah polis ni.
"Itu saya.. Ada apa ya encik cari saya?" soal Hana lembut. Amsyar pantas merenyukkan kertas itu di hadapan Hana. Hana sudah terpempan. Kenapa dia renyukkan kertas tu?
Amsyar mengelus wajah Hana. Hana tidak menepis sebaliknya dia hanya membiarkan, kerana dia dapat merasakan bahawa tangan yang menyentuhnya itu bagaikan déjà vu.
"Muka kau.. Macam bini aku." ujar Amsyar mendatar. Tergamam Hana. Matanya kaku memandang Amsyar yang sedang mencuba untuk menanggalkan mask hitam itu.
Amsyar menarik senyuman manis.
"Aku menyamar jadi polis semata-mata nak cari bini aku. Tapi tak sangka pula kau kat sini.." kata Amsyar lembut. Tergamam Hana lalu tersenyum bahagia. Tanpa banyak kata, Hana terus melompat ke dalam pelukan Amsyar.
"Saya rindu awak!" air mata Hana mengalir. Amsyar tergelak kecil. Dia mengucup tepi dahi gadis itu.
"Sorry.." ujar Amsyar perlahan. Dia mengelus kepala isterinya.
"Surprise!!!" muncul Aaron, Uwais, Daim, Putra, Danial dan Zamir. Hana tersenyum lebar. Air mata Hana yang mengalir itu dikesat oleh suaminya.
"Apa bising-bising tu Hana— Eh! Abang!" Dareen berlari kecil mendapatkan suaminya yang memakai baju Jnt yang berwarna merah itu. Dia memeluk erat tubuh tegap suaminya.
"Miss me, sayang?" soal Asyraf lembut.
"Mestilah!" balas Dareen menyembunyikan wajahnya pada dada bidang lelaki itu. Asyura sudah kaku di hadapan pintu.
"Woi! Kau tak rindu aku ke?" soal Danial mendatar. Asyura tersengih lalu mendepakan tangannya untuk memeluk Danial. Dia berlari kecil mendapatkan lelaki itu.
YOU ARE READING
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]
Losowe❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia mema...