🅜🅐🅗² - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟗

681 33 3
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Amsyar menelan liur. Matanya menatap dalam anak mata abangnya.

"Ya, aku ada. Macam mana kau boleh tahu?" soal Amsyar. Dia berfikir yang dia seorang sahaja yang mengetahui bakat terpendamnya, tetapi macam mana abangnya boleh mengetahui hal tersebut.

Mata Asyraf memandang Aaron yang sedang memeluk tubuhnya. Aaron hanya membuat jari peace kepada Amsyar.

"Ouh lupa. Kau kan semua benda tahu." ujar Amsyar perlahan. Aaron tersenyum lebar.

"Apa bakat terpendam kau?" soal Uwais memegang perlahan bahu lelaki itu. Amsyar hanya mendiamkan diri.

"Tengoklah sendiri macam mana." balas Amsyar lalu berlalu naik ke bilik tidurnya. Semua memerhati pemergian Amsyar.

"Apa bakat dia?" soal Zamir pula.

"Tengoklah dulu. Dia mesti nak selamatkan wife dia guna bakat terpendam dia. Who knows?" Asyraf mengangkat bahunya lalu segera berjalan keluar untuk menuju ke pintu rumah ayahnya.

Tidak berkelip mata Daim, Uwais, Aaron, Putra dan Zamir memandang pemergian majikan mereka.

"Apa bakat—" soal Daim pula.

"Dah-dah jangan tanya aku. Tengoklah sendiri!" jawab Aaron lalu menutup telinganya. Dia segera merebahkan dirinya di atas sofa.

"Put, apa bakat—" kata Uwais.

"Sekali lagi kau tanya lagi soalan tu, aku tak teragak-agak nak bunuh seorang-seorang." jawab Putra mendatar.

"Kau berani ke?" soal Zamir.

"Aku cakap, aku buat." balas Putra mendatar. Dia berlalu pergi dari situ meninggalkan mereka berempat.

"Uish, syerammm!" kata Uwais memandang Zamir. Zamir mengangguk laju kepalanya.

⋆⋆⋆⋆

        Rais memasuki syarikatnya yang gah itu. Matanya melilau sekeliling terdapat ramai pekerjanya yang ligat membuat kerja apabila ternampak bos mereka. Senyuman Rais yang nipis itu terukir di bibirnya.

"Good morning semua." sapa Rais dengan senyuman.

"Good morning bos!" balas pekerja-pekerjanya dengan ceria.

"Semua dah sarapan?" soal Rais prihatin. Jawapan pekerja-pekerjanya itu ada yang sudah dan ada yang belum.

"Samad ada masuk kerja tak hari ini?" soal Rais.

"Tak bos. Dia bagitahu saya yang dia balik kampung sebab mak dia sakit." jawab salah seorang pekerja Rais. Berkerut hebat kening Rais.

"Macam-macam alasan manusia seorang tu. Jangan sampai saya tak bagi dia peluang untuk kerja sini lagi." kata Rais mendatar.

Semua pekerjanya hanya diam membisu. Tidak berani mahu membalas kata-katanya.

"Dah lah. Teruskan buat kerja ya. Kalau ada apa-apa makluman pasal Samad. Maklum kepada saya. Saya pergi dulu." ujar Rais dengan senyuman lalu kakinya melangkah pergi dari situ dan menuju ke pejabatnya.

"Baik bos."

        Berkerut dahi Rais apabila mendapat panggilan dari orang yang tidak dikenali.

"Siapa pula ni?" soal Rais lalu mengangkat panggilan tersebut. Mana tahu panggilan telefon dari syarikat lain. Rais melekapkan telefon bimbitnya tersebut di telinga kanannya.

Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]Where stories live. Discover now