⋆⋆⋆⋆
BAM!
Amsyar menghempas pintu rumah utama Dato' Arham Haqeem. Tersentak Datin Azlina yang sedang menjahit baju dan Dato' Arham yang sedang membaca surat khabar. Asyraf dan Dareen pula sedang menonton televisyen bersama anak-anak mereka.
Dato' Arham menatap tajam anak lelakinya yang menghempas pintu rumahnya itu. Amsyar hanya tersengih sahaja. Dia merangkul pinggang Hana lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
"Mommy! Daddy! Bini Am pregnant!" jerit Amsyar dengan suara yang gembira. Tersenyum lebar lelaki itu.
"Alhamdulillah... Akhirnya, mommy dapat cucu lagi." kata Datin Azlina dengan senyuman yang sangat manis. Asyraf hanya tersenyum nipis.
"Suka lah tu." kata Dato' Arham dengan senyuman nipis.
"Siapa aje yang tak suka daddy. Anak Am ni kot, dari benih Am sendiri—" kata Amsyar selamba.
Puk!
Hana menatap tajam suaminya setelah memukul bahu lelaki itu. Depan mommy daddy ni, kau jangan macam-macam.
"Apa ni baby.." ujar Amsyar manja. Asyraf dan Dareen yang melihat kemanjaan lelaki itu, lantas berpandangan sesama pandang.
"Tak payah nak mengada sangat, Amsyar." ujar Hana mendatar. Amsyar ni.. Sejak dia mengandung, suka sangat nak manja-manja dengannya. Bukan tak suka, cuma.. It's weird you know..
"Baby ni...." Amsyar bertindak untuk menggeselkan hidungnya pada pipi Hana. Asyraf membuat wajah kegelian.
"Eeiii gatalnya kau ni. Macam mana lah Hana boleh sukakan kau." Asyraf membuat muka. Dia menyembunyikan wajahnya di belakang tubuh kecil isterinya.
"Diam lah babun. Kau pun gatal, aku pun tak tahu macam mana kakak ipar boleh sukakan kau. Dah lah hodoh, macam tai—" marah Amsyar.
"Dah-dah lah tu. Tak payah nak gaduh-gaduh sangat. Korang tu kalau gaduh, bukannya gaduh biasa-biasa pun. Nanti gaduh pakai pistol juga." sampuk Hana perlahan. Dia mencuba untuk menenangkan suaminya.
BAMM
"Wah! Dengar cerita, ada orang mengandung!" teruja seseorang lalu menghempas pintu masuk ke dalam rumah agam Dato' Arham dengan selambanya. Siapa lagi kalau bukan Daim and the geng.
"Hm.." Amsyar menggumam perlahan.
"Uish! Siapa yang mengandung tu? Kau ke?" soal Uwais lalu mengusap perut Amsyar.
"Apa benda bodoh usap-usap perut aku!" marah Amsyar dengan suara yang kuat. Uwais tersengih lalu membuat wajah joker.
"Kau ni, Hana lah yang mengandung. Apasal lah kau bengap sangat hari ini Wais." ujar Aaron dengan gelakan yang kuat.
"Aku rasa hari-hari budak ni bengap." kata Putra mendatar. Tangannya memasukkan ke dalam kocek seluarnya. Cis, kau pikir kau cool lah?
Sekali lagi Uwais tersengih.
"Nak apa datang sini?" soal Asyraf mendatar. Mesti ada sebab kenapa anak buahnya datang ke sini. Bukan selalu nak suruh budak-budak ni datang ke rumah ibu dan ayahnya.
YOU ARE READING
Mrs. Amsyar Hayder ❛A Stubborn Husband❜ ⋆ [OG]
Acak❝ Stubborn husband but sometimes becomes sweet to his wife ❞ Dia, Amsyar Hayder Alessandro. Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Dia berusia 24 tahun. Dan merupakan adik kepada Asyraf Hayden. Perangai dia mema...