16 • third.

89 21 2
                                    

      Wen Junhui ㅡ

      Jeon Wonwoo ㅡ

      Lee Jihoon ㅡ

      Kim Mingyu ㅡ

      Choi Hansol ㅡ

        Dengan mata sendiri, mereka tak sangka rakan baik mereka dibunuh di dalam terowong itu. Makhluk itu pun menoleh ke arah Mingyu dengan satu pisau di tangan.

      Junhui cuba bertindak selamatkan Mingyu dari menjadi mangsa. Telefon miliknya dikeluarkan lalu flashlight di dalam telefonnya dibuka. Dia sedikit tahu tentang kelemahan hantu.

      " Mingyu, tutup mata kau. " Arah Junhui. Mingyu tak membantah, mata ditutup rapat menyebabkan makhluk itu tidak dapat melihat dirinya.

        Jihoon, Wonwoo dan Hansol pun menutup matanya cuba mengelakkan makhluk itu lihat dirinya. Makhluk di situ seakan hilang dirinya dan Junhui pun mengambil kesempatan.

      Dia menghampiri susuk tubuh itu ㅡ makhluk itu dapat melihat dirinya. Sebelum dia mengacu pisau padanya, Junhui menyuluh lampu suluhnya itu pada makhluk tersebut.

      Makhluk itu menjerit kesakitan di situ. Junhui menolaknya sehingga dia hilang imbangan lalu terjatuh di atas tanah sehingga pisau yang dipegang terjatuh.

      Junhui mengambil pisau tersebut lalu menikam pada kedua-dua mata.

     " Ini balasan kau... sebab kaulah kawan-kawan aku mati. " Ujar anak berkelahiran Cina itu sambil matanya ditikam berulang kali. Makhluk yang berada di bawahnya lesap jadi debu.

      Junhui memandang Seokmin dan Minghao yang sudah tidak bernyawa.

      " Aku dah tak nak ambil apa-apa kisah pasal aktiviti bodoh ni. Better aku cari jalan keluar daripada sini. " Ujar Junhui seakan hilang semangat dan tidak memikirkan tentang rakan- rakannya.

       " Tapi hyung, " Mingyu berdiri di belakang Junhui yang siap sedia ingin tinggalkan tempat itu. " Kita kenalah cari diorang dulu. Kita tak tahu apa jadi pada diorang. "

      Junhui berdecit sinis lalu menoleh menghadap Mingyu.

       " Aku lebih rela keluar dari sini terus dari mati cari diorang, " Anak bermarga Wen itu memandang tajam Mingyu.

      " Hyung, jangan macam ni. Jebal cari diorang dulu then kita keluar. " Ujar Mingyu.

       " Never, Mingyu. Kau tengok dua orang kawan kita... kau nak mati ke macam diorang? Kalau kau nak end up mati macam ni, then go on. " Ujar Junhui sambil menunjukkan keadaan Seokmin dan Minghao.

[√] Lost & Found.Where stories live. Discover now