Dia merana.
Dia tersiksa dengan suara-suara milik rakan-rakannya namun itu ialah permainan syaitan.
Dia terperangkap.
Terperangkap dengan permainan mereka sehingga satu hari dia sendiri tak dapat mengawalnya.
Yoon Jeonghan membaringkan dirinya di atas sofa untuk merehatkan diri. Seungcheol dan Chan tiada dekat rumah kerana berjumpa dengan para doktor Chan.
Selalunya dia yang akan bawa Chan berjumpa dengan doktor tetapi atas faktor dia tidak berapa sihat jadi Seungcheol menghalangnya untuk ke luar.
" Jeonghan hyung, " Suara itu membuatkan dia membuka mata dan perasan dia sudah tiada berada dalam rumah malah di sekelilingnya putih.
Dia memandang ke depan lihat seorang lelaki yang amat dikenali.
" Wonwoo-ah! " Jeonghan pula bersuara gembira berjumpa Wonwoo yang sudah lama mati meninggalkan Jeonghan, Seungcheol dan Chan.
Wonwoo jalan mendekatinya tanpa sebarang senyuman malah dia memandang Jeonghan dengan tajam. Secara tiba-tiba, tangan Wonwoo itu mencekik lehernya.
" Kau patutnya tanggung apa yang sudah jadi. Kau bunuh semua kawan-kawan kau. Kau dah bunuh aku! " Jerkah Wonwoo.
" M-mianhae, aku t-tahu aku salah. A-aku rasa b-bersalah sebab aku korang semua m-mati. Aku tak s-sangka b-benda ni a-akan j-j-jadi. " Rayu Jeonghan.
Wonwoo tersenyum sinis lalu dia menolak Jeonghan sehingga terjatuh. Dalam masa yang sama, Wonwoo juga hilang dari pandangan. Dia meliar ke sekelilingnya.
" Hyung pendusta! "
Jeonghan menoleh ke kanan.
" Hyung dah bunuh kitorang! "
Kepalanya ditoleh ke kiri.
" Hyung pentingkan diri! "
Jeonghan mencari-cari suara di sekelilingnya namun tiada siapa cuma dia saja berada di situ.
" Hyung patut tanggung tapi kenapa hyung diam? "
YOU ARE READING
[√] Lost & Found.
Fanfiction" Kau pernah dengar tentang kisah satu terowong dekat bandar Gyeong-Gi Do? " Yoon Jeonghan ahli paranormal itu ditugaskan untuk masuk ke dalam satu terowong di bandar Gyeonggi-Do. Dia perlu membawa rakan-rakannya yang lain untuk menemaninya. ...