22 May 2022 ; 6:00 p.m.
Pada masa ini, mereka pun berdiri di hadapan terowong Gyeonggi-Do itu dan hanya menunggu masa masuk ke dalamnya saja.
Kamera done ㅡ
Beg dan barang keperluan done ㅡ
Lee Chan sedari tadi memandang seorang budak lelaki di dalamnya itu. Sepatah kata daripada pihak lain tak didengarinya kerana budak lelaki itu.
" Saya bagi masa seminggu saja untuk kamu selesaikan tugasan ni. Kalau lagi cepat pun bagus, " Easter memandang satu persatu wajah Yoon Jeonghan sehingga ke Chan ㅡ Easter menatap Chan lama sebelum berkata lagi.
" Ingat, kerja ni bukanlah kerja yang senang dan simpan kata-kata saya, " Sambung Easter. " Benda ada di dalam sana suka pecah belahkan hubungan manusia jadi jaga antara satu sama lain dan... jangan tindak di luar jangka. Satu lagi, don't be so selfish. "
Wonwoo dan Seungkwan dengan telitinya mendengar ayat akhir lelaki bernama Easter itu. Wonwoo toleh ke arah Jeonghan manakala Seungkwan terjeda seakan berfikir sesuatu.
" Okay, kamu semua bersedia ya untuk masuk. " Arah Easter Jung. Dia memerhati Chan yang matanya tidak lepas memandang ke dalam terowong itu. Easte menepuk bahunya dan serta merta Chan menoleh ke arahnya.
" Jaga diri kamu baik-baik. " Ujar Easter. Chan mengangguk saja lalu dia menoleh ke arah terowong itu semula malangnya budak lelaki itu hilang.
" Goodluck, guys! "
(🎲)
Seungcheol mengalihkan skrin ke arah wajahnya sambil berjalan masuk ke dalam terowong tersebut. Keadaan terowong itu gelap dan punyai lampu tetapi malap.
Mereka mengikuti langkah kedua ahli tertua itu dari belakang. Seokmin perasan ada yang tidak kena sejak dia melangkah masuk ke dalam terowong itu.
" Guys, memang susah bernafas eh masuk dalam ni? " Soalnya.
YOU ARE READING
[√] Lost & Found.
Fanfic" Kau pernah dengar tentang kisah satu terowong dekat bandar Gyeong-Gi Do? " Yoon Jeonghan ahli paranormal itu ditugaskan untuk masuk ke dalam satu terowong di bandar Gyeonggi-Do. Dia perlu membawa rakan-rakannya yang lain untuk menemaninya. ...