" Jeonghan-ah, bangunlah. "
" Jeonghan hyung, kalau lambat jangan salahkan kitorang. "
" Orang dah bersiap pakai dia masih terbongkang tidur lagi. "
Jeonghan terjaga daripada tidurnya apabila mendengarkan suara-suara dan keluhan dari orang yang sangat dikenalinya. Dia membuka mata lalu memandang seorang demi seorang orang-orang yang berada di hadapannya.
" Hyung okay tak? " Soal Mingyu sambil memandang Jeonghan dengan hairan.
" Aku... tak mimpi, kan? " Soal Jeonghan sarkastik membuatkan mereka yang berada di situ menatapnya hairan.
" Kau tidur pukul berapa semalam, hyung? Macam biul aku tengok kau ni. " Sampuk JIhoon pula.
Jeonghan tidak menjawab soalan Jihoon malah memandang beg pakaian dan beg kamera yang dipegang oleh mereka serta baju yang dipakai. Semuanya sama apa yang berada di dalam mimpinya. Dari awal sampai ke akhir.
" Korang nak pergi mana dengan banyak-banyak beg tu? " Soal Jeonghan.
Semakin pelik mereka dengan Jeonghan dibuatnya apabila Jeonghan seperti hilang ingatan.
" Hyung, kau okay tak? Seungcheol hyung pun bangun terkejut macam ni. " Sampuk Junhui pula.
" Kita semua nak pergi bertolak ke Gyeonggi-Do untuk tolong kerja kau tu lah. Kau ingat tak? " Soal Jisoo pula untuk dapatkan kepastian.
" Gyeonggi-Do? Terowong? " Soal Jeonghan lagi.
Mereka semua mengangguk dengan soalan Jeonghan.
" J-jangan pergi... aku dah batalkan kerja tu. Aku tolak sebab... aku tak nak. Tak p-payah pergi eh? " Soal Jeonghan lebih kepada merayu. Dia cuma berharap mereka setuju untuk tidak pergi ke sana.
Mimpi itu masih menghantui dirinya.
" Jinjjayo? " Soal Seokmin.
Jeonghan mengangguk perlahan. Kelakuan Jeonghan dari tadi diperhati oleh Jisoo dan Wonwoo. Ada sesuatu yang membuatkan mereka agak curiga dengan Jeonghan.
Seungcheol pula sudah lama memerhati mereka dari depan pintu Jeonghan.
" Aku dah cakap tapi korang tak nak dengar, " Jeonghan dan mereka serentak memandang Seungcheol. Seungcheol mengeluh perlahan. " Aku minta dia reject dan tolak kerja tu sebab ini juga untuk keselamatan korang. Aku tahu korang masih keliru tapi anggaplah kita tak akan keluar kalau kita teruskan kerja tu. Arra? " Terangnya cuba untuk meyakinkan mereka semula.
" So, jom pergi sungai Han. Mingyu-ah, masaklah yang sedap untuk kita buat picnic dekat sana. Aku akan tolong kau. " Ujar Seungcheol. Mingyu tersenyum lalu akur dengannya. Mereka semua bersorak gembira lalu melangkah keluar dari kamar Jeonghan.
Seungcheol memandang Jeonghan lama sebelum dia juga keluar dari kamarnya.
" Jadi, ini semua mimpi je ke? "
(🎲)
" Seungkwan, nah rasakan pasir! " Jerit Soonyoung lalu membaling pasir kepada Seungkwan.
" Tak guna kau. Mari sini kau Soonyoung! " Jerit Seungkwan pula lalu mengejar Soonyoung yang sudah berlari jauh darinya. Kedengaran juga gelak tawa dari mereka. Seungcheol, Jeonghan dan Chan menjadi pemerhati mereka dengan senyuman lega. Mereka gembira semua yang mereka hadapi hanyalah sebuah mimpi.
" Hyung dapat mimpi yang sama juga ke? " Soal Chan.
Jeonghan dan Seungcheol menagngguk serentak dengan soalan Chan itu." Aku tak faham kenapa kita bertiga je yang dapat mimpi tu tapi tak pada diorang. " Keluh Jeonghan.
" Mungkin sebab kita bertiga je yang survive. Kau ingat kan diorang semua mati kecuali kita dalam terowong tu. " Balas Seungcheol.
Jeonghan terdiam seketika dengan jawapan yang diberi oleh Seungcehol. Mungkin ada betulnya juga.
" Tapi kan... aku dah tak dapat apa-apa mimpi selepas je aku jatuh dari tangga. Korang ada dapat ke sambungan mimpi tu? " Soal Jeongan kepada Seungcheol dan Chan. Dia juga ingin tahu apa yang terjadi kepadanya selepas itu.
Seungcheol dan Chan memandang antara satu lain.
" Tak... kami tak dapat apa-apa mimpi lagi selepas tu. " Bohong Chan. Dia tidak ingin sakiti Jeonghan dengan sambungan dari itu. Cukuplah dia mendengar tentang kematian semua kawannya di dalam terowong itu walaupun ia hanyalah mimpi.
Jeonghan mengangguk sahaja dengan jawapan Chan. Seungcheol menatap Jeonghan yang sedang sibuk menikmati makanan dengan senyuman nipis.
' Kau tak perlu tahu apa sambungan mimpi kau, Jeonghan-ah. '
LOST & FOUND ENDED!
Offcially finished!
For all, readers... thank you for your views, votes and comments for this book. Ayu sangat hargai korang semua!
Ayu cuma menulis buku ni hanya saja-saja jadi maafkan ayu segala kesalahan dengan semua karut mengarut dalam buku ni.
Saranghae!
YOU ARE READING
[√] Lost & Found.
Fanfic" Kau pernah dengar tentang kisah satu terowong dekat bandar Gyeong-Gi Do? " Yoon Jeonghan ahli paranormal itu ditugaskan untuk masuk ke dalam satu terowong di bandar Gyeonggi-Do. Dia perlu membawa rakan-rakannya yang lain untuk menemaninya. ...