21 • once and last time.

88 21 7
                                    

      " Hansol-ah, "

       Mingyu terkaku melihat kematian Hansol di hadapan matanya. Matanya meliar di kawasan sekitar yang gelap. Mingyu mengambil keputusan untuk tidak bergerak ke mana-mana.

       Mingyu menarik nafas.

         " Kalau betul aku mangsa yang terakhir, bunuhlah aku tapi tolong aku dengan satu permintaan, " Ujar Mingyu walaupun tiada seorang yang menyahut. " Bawa aku jumpa semua kawan-kawan yang masih hidup"

         Hansol yang sudah tak bernyawa dipandang.

          " I wanna meet them just once and last time. " Sambungnya.

         " Kim Mingyu, hyung yeogi. " Ujar satu suara yang amat dikenali Mingyu itu ㅡ dia menoleh ke belakang dan ya betul sangkaannya melihat Wonwoo.

        " W-wonwoo hyung? " Soalnya.

       Jeon Wonwoo mendekati Mingyu dengan cara yang menyeramkan. Dia melihat kedua-dua belah kaki seperti kakinya terbalik. Kepalanya menoleh ke kiri seperti tulangnya patah.

         Apa yang menyeramkan apabila bibir Wonwoo yang sudah koyak dan berdarah tersenyum sinis kepadanya. Mingyu melangkah selangkah untuk mengelak darinya.

        " Jangan lari, Mingyu. Aku sangat sunyi. Aku tiada kawan. " Ujarnya lagi. Wonwoo semakin ke hadapan dan dia pula semakin ke belakang. Mingyu itu cuba berlari menjauhi dirinya tetapi,

         " Aku dah kata jangan lari! " Jerit Wonwoo sebaik saja dia berada betul- betul di hadapan semasa dia ingin lari darinya. Mingyu terjatuh akibat kejut.

         Wonwoo tersenyum sinis melihat Mingyu yang sudah takut teramat. Dia mengesot ke belakang dah tak mampu untuk berdiri.

        Pap!

        Mingyu memandang ke belakang setelah merasakan dia terlanggarnya.

        " Hyung, jangan tinggalkan kami. Kau perlu ikut kami ke sana. " Hansol tersenyum sinis sambil berkata-kata. Mingyu memandang depan, Wonwoo berada di situ juga.

        " Jangan apa-apakan aku. Maaf sebab menganggu tempat kau. Aku tak berniat nak kacau kau semua, " Rayu Mingyu namun dibalas dengan gelakan lantang Hansol dan Wonwoo.

        Wonwoo mengangkat Mingyu itu ke udara dan mengetatkan cekikan di lehernya membuatkan nafasnya pula menjadi terhad. Mingyu memandang Wonwoo.

        " Dah terlambat manusia. Merayu air mata darah sekali pun, kami tidak akan termakan dengan kata-kata kau. " Ujar Wonwoo dengan suara garau.

       " M-mianhae, " Rayunya lagi.

      Hansol mendekatinya lalu sebilah pisau diberikan kepada Wonwoo. Dia tersenyum sinis melihat pisau itu dah berada di tangannya. Wonwoo segera mengangkat pisau itu ke udara.

[√] Lost & Found.Where stories live. Discover now