" Stop with your nonsense, Chan! " Jerkah Seungcheol membuatkan Lee Chan tersentak besar. Gema suaranya berbunyi di seluruh gua tersebut. Dia memandang Chan tajam.
" Aku menyesal pula bawa anak cacat dan bodoh macam kau masuk dalam terowong ni, " Hamburnya itu lalu menjelingnya sekilas. " Daripada kita masuk dalam ni, kau tak habis dengan karutan kau tu. Kau bukan betul pun nak cakap macam tu. "
Chan terdiam sebaik sahaja dengar kata-kata Seungcheol ㅡ mungkin jika orang biasa yang mendengarnya tidak akan terkilan namun bagi orang yang mempunyai sindrom seperti dia ㅡ ya, dia sangat terasa.
Tapi kata-kata tentang terowong ini adalah benar cuma tiada sebarang bukti yang Chan boleh tunjuk kepada Seungcheol. Tapi persoalannya ㅡ
Seungcheol akan percayakan dia?
" Behave your words, Cheol-ah! " Jerkah Jisoo pula. " Jangan ingat kau boleh cakap apa je sampai lupa dia ada hati dan perasaan. Kalau yang dia cakapkan tu betul apa yang kau nak jawab? "
Jisoo memandang Seungcheol itu dengan perasaan amarah. Makin lagi sakit melihat Seungcheol berdecit.
" Betul? Kau percaya orang cacat macam ni? Kau dah tahu otak Chan macam mana? Orang bodoh je yang percaya budak macam ni. " Ujarnya tanpa rasa bersalah.
Pang!
Pipi Seungcheol terteleng ke kanan akibat ditampar oleh seseorang. Hong Jisoo memandang jejaka itu terkesima manakala Jeonghan memandang anak bermarga Choi itu tajam.
Bukan Jeonghan yang menampar Seungcheol tetapi ㅡ
Kwon Soonyoung. Dada jejaka itu turun naik menahan amarah dengan kata-kata makian Seungcheol.
" Kalau benci macam mana pun hyung pada Chan, jaga hati dengan perasaan dia. Kau yang hidup lama dengan fizikal dan mental normal pun tetap kau nampak lagi bodoh. " Hambur Soonyoung.
Chan mengangkat wajah dengan memandang Seungcheol, Soonyoung, Jeonghan dan Jisoo.
" Jadi, " Serentak mereka menoleh memandang Chan. " Hyung jaga aku atas sebab paksaan ke? "
(🎲)
" Macam tak berguna dah untuk cari jalan keluar. Kita diperangkap macam orang lain. " Ujar Wonwoo.
YOU ARE READING
[√] Lost & Found.
Fanfiction" Kau pernah dengar tentang kisah satu terowong dekat bandar Gyeong-Gi Do? " Yoon Jeonghan ahli paranormal itu ditugaskan untuk masuk ke dalam satu terowong di bandar Gyeonggi-Do. Dia perlu membawa rakan-rakannya yang lain untuk menemaninya. ...