" ... L-let m-me g-go, hyung... "
Seungcheol terjaga dari tidurnya secara mengejut lalu melihat jam pun yang menunjukkan 8:30 pagi. Keluhan kecil kedengaran. Dengan kasar lelaki itu meraup wajahnya.
" Same thing again and again. Berapa teruk sangat trauma aku ni sebenarnya? " Soal Seungcheol tidak puas hati.
Sudah setahun perkara itu jadi, trauma masih tidak hilang dalam akal fikiran. Dia bersyukur apabila fikiran masih waras dapat berfikir lagi tetapi tidak pada salah seorang rakannya.
Dia masuk ke dalam dapurnya untuk membasahkan tekak lalu bilik Chan dibuka untuk melihat keadaan dia. Kelihatan Chan sedang tidur lagi jadi dia masuk ke dalam biliknya.
Chan juga menghadapi trauma dengan gelap sehingga dia pun sudah tak dapat membezakan terowong itu dengan dunia realiti. Dia juga hadapi masalah tidur berjalan.
" Chan-ah, bangun. Kita akan jumpa doktor psikiatri kau selepas ni. " Arah Seungcheol.
Chan juga akan berjumpa pula dengan doktor pakar psikiatri akibat traumanya dan doktor ubati penyakit autisme Chan. Sudah setahun perkara itu terjadi, syukur ada perubahan pun pada Chan.
Chan terjaga daripada tidurnya dan memandang Seungcheol.
" Kita akan jumpa Han hyung sekali kan, hyung? " Soalnya dengan menggosok matanya akibat menahan kantuk walaupun sudah tidur.
" Ya. Kalau Chan nak jumpa Jeonghan hyung, pergi mandi dulu. Busuk nanti pengsan abang kau tu. " Ujar Seungcheol lalu tergelak besar tambahan lagi melihat Chan protes di situ.
" Hyung memang jahat suka kenakan Chan, kan! " Chan menjuih bibirnya.
" Ah, biasalah. Seungcheol, kan? Dah pergi mandi. Lambat dah ni. " Arah Seungcheol lalu keluar dari kamar dengan meninggalkan Chan di situ yang masih whining padanya.
Nak tak nak, Chan pun masuk ke dalam bilik mandi untuk bersihkan dirinya. Lepas mandi, boleh mengada semula.
(🎲)
" Saya nak berjumpa dengan pesakit bernama Yoon Jeonghan... " Ujar Seungcheol pada jururawat yang bertugas di situ. Chan juga menunggu di sebelah Seungcheol ㅡ dia tak sabar ingin berjumpa dengan Jeonghan.
" Dia di bilik sakit 302 tingkat 2. " Balas jururawat tersebut.
Seungcheol mengangguk faham lalu mendekati lif untuk ke tingkat ke dua. Selepas 4 jam appointment rakan paling muda itu, mereka terus ke sana untuk berjumpa Jeonghan.
YOU ARE READING
[√] Lost & Found.
Fanfic" Kau pernah dengar tentang kisah satu terowong dekat bandar Gyeong-Gi Do? " Yoon Jeonghan ahli paranormal itu ditugaskan untuk masuk ke dalam satu terowong di bandar Gyeonggi-Do. Dia perlu membawa rakan-rakannya yang lain untuk menemaninya. ...