💍"MAK SU ada nampak Hawa tak?" Soal Fateh yang baru tiba di dapur.
Sudah puas dia hulur hilir tapi batang hidung pun dia tak nampak. Nak call bateri pulak tak ada.
"Hawa dah keluar pagi tadi lagi. Katanya ada kerja, dia tak beritahu kamu ke?"Sudip diletakkan di atas pinggan
Fateh kemam bibir sebelum melorek senyum kecil.
Macam mana Hawa nak beritahu dia kan bergaduh besar semalam. Ni semua salah kau la.
"Haah laa ada-ada . Fateh yang lupa. Dia beritahu masa solat subuh tadi. "Tipu Fateh.
Mak Su hanya lempar senyuman kecil saja.
"Jom la kita sarapan dulu. Ni Fateh tolong panggil nenda dalam bilik bacaan ye.Mak Su nak panggil Pak Su kejap." Pinta Mak Su lembut.
"Sedap bau kamu masak apa Intan?" Sampuk Puan Sri Khatijah belakang.
Tersentak mereka berdua.
"Ma, jom makan. Intan masak nasi goreng cina dengan roti bakar."
"Tak apa nanti mama makan. Ni suami dengan budak-budak mana?"
"Ada dalam bilik. Kejap Intan pergi panggil dulu." Intan mula mengatur langkah ke bilik dan tinggalkan mereka berdua.
"Hawa mana?tidur lagi ke?" Tumpuan nenda terus kepada Fateh.
Fateh senyum kelak seraya mengeleng kepalanya perlahan.
Takut pulak nak beritahu.
"Dah tu mana dia. Batang hidung pun nenda tak nampak."
"Hawa pergi kerja nenda." Beritahunya perlahan.
"Kerja!" Ternaik nada Puan Sri Khatijah.
"Err betul nenda. Ergent nenda, benda tak boleh nak tolak nak buat macam mana. " Tipu Fateh lagi.
"Haih kamu ni. Minggu depan kau orang berdua nak naik pelamin kan, still nak hadap kerja lagi. Nenda nak sebelum pukul 6 petang bini kamu dah balik rumah ni. Faham Fateh."
Teragak-agak Fateh mahu jatuh kepalanya. Masalahnya Hawa selalunya balik lewat malam .
Macam mana ni.
🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍
SELEPAS diberi salam pintu rumah dibuka perlahan.
Sunyi saja rumah banglo ni.
Hawa mula mengorak langkah ke dapur. Nak basah tekak dulu sebelum mandi.
Sampai saja ruangan dapur, pantas saja aku capai gelas dan mengisi air dalam gelas.
"Eh Puan Hawa. Baru sapa ya." Sapa Bik Indah.
Aku jatuh kepala seraya aku senyum kecil.
"Puan, bik mahu mintak maaf ya hal aritu. Bik enggak saja. Maaf ya puan." Menunduk sikit kepala Bik Indah. Jelas kesal .
![](https://img.wattpad.com/cover/308421963-288-k416258.jpg)
YOU ARE READING
OG| HAWA
عاطفية2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌