Bab 3

114 12 0
                                    

POV Sara

Hachoo!

Entah kali yang ke berapa Sara bersin. Sudah dua hari dia demam dan selesema sejak dia bermandi hujan tempoh hari. Tambahan pula, dia menyaksikan orang kemalangan di hadapan matanya sendiri. Mungkin juga dirinya terkejut. Maklumlah, tak pernah nampak kemalangan berlaku depan mata sendiri sebelum ni.

Bila dah terjadi, terus demam. Terkejut. Kus semangat!

"Makan bubur ni. Lepas makan bubur, kau makan ubat demam dengan selesema ni pula,"pesan Puteri, lebih kepada arahan. Puteri meletakkan dulang di sebelah katil Sara.

"Kau tak ada kelas ke, Puteri?"soal Sara. Dia menggumpal dua helai tisu dalam genggamannya. Penangan selesema yang kuat, habis sekotak tisunya.

"Pagi tadi aku ada kelas, tapi aku tak pergi. Petang ni, aku free. Jadi, no hal la." Puteri mencapai mangkuk bubur dan meniup sedikit bubur yang masih panas itu. Dia masak bubur itu khas untuk Sara.

"Kenapa kau tak pergi?"soal Sara.

"Aku nak jaga kau. Housemate kita yang lain tak ada. Hanya ada aku je dalam rumah ni dengan kau. Jadi, aku kena jaga kau. Kalau jadi apa-apa macam mana? Kau dah la demam panas,"jawab Puteri. Memang dia bersikap prihatin lebih sedikit kepada Sara berbanding housemate mereka yang lain. Dia dengan Sara lebih rapat, sudah seperti adik-beradik kandung. Bila Sara sakit, takkanlah Puteri sanggup untuk membiarkan Sara sendirian di rumah sewa pula?

Itu tak mungkin. Puteri bukan jenis macam tu. Kalau Sara sakit, dia jaga. Kalau dia sakit, Sara yang jaga.

Sara tersenyum.

"Baiknya kawan aku ni. Tak apalah, Puteri. Aku okey. Aku boleh jaga diri sendiri. Aku dah besar,"ujar Sara. Terharu dengan keprihatinan Puteri. Rasa dihargai.

"Tak boleh. Aku ni kawan kau. Apa gunanya berkawan kalau tak tolong jaga kau waktu sakit? Bukan susah pun,"kata Puteri. Dia menggelengkan kepalanya.

"Yelah.. Terima kasih, Puteri. Nanti aku belanja kau tengok wayang ya?"kata Sara sambil ketawa kecil.

"Aku tuntut nanti!" Puteri hanya melayan kerenah Sara dan tersenyum. Dia pun cuma bergurau. Dia jaga Sara bukanlah mengharapkan balasan. Dia memang ikhlas menjaga Sara.

Puteri menyuap Sara satu sudu bubur ayam yang dimasaknya sendiri. Melihat wajah Sara yang masih pucat, Puteri pula terasa risau. Jarang Sara jatuh sakit teruk macam ni.

"Lepas ni, jangan mandi hujan lagi. Kalau aku tak ada, kau tunggu dekat perhentian bas tu sampai bas datang. Jangan jadi budak-budak pula nak mandi hujan bagai,"pesan Puteri, bagaikan seorang mak pada Sara.

"Ish, mana ada. Aku pun tak nak mandi hujan. Keadaan yang memaksa aku, okey? Orang tu kemalangan depan mata aku. Takkan aku nak tengok je? Mestilah aku kena tolong dia. Lagipun, hanya ada aku je dekat situ waktu tu. Nak kata apa lagi? Mana boleh mengelak,"kata Sara.

"Aku faham yang kau nak bantu dia. Lain kali kau bawa payung ye, Cik Sara? Kalau manusia yang kemalangan tu tak hargai bantuan kau, aku tak tahulah nak kata apa lagi,"bebel Puteri. Dah terbayang nasib yang bakal diterima oleh 'si mangsa kemalangan' itu sekiranya pertolongan yang dihulurkan oleh Sara ini tidak dihargai.

Sara memaksa dirinya untuk menelan bubur yang dimasak oleh Puteri. Bukan tak sedap kerana Puteri yang masak, tapi tekaknya yang terasa payau. Tak mampu nak telan bubur banyak-banyak.

"Kau jangan risau. Keluarga lelaki tu dah jumpa aku dan berterima kasih. Aku tak kisah pun." Sara hanya menayang wajah toya. Tak ada sebarang masalah langsung dengan pihak keluarga si mangsa tu sebab mereka awal-awal lagi sudah berjumpa dengannya dan berterima kasih. Siap tawarkan balasan dalam bentuk wang lagi, Cuma Sara yang menolak.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now