POV Sara
"Guys, music's team dah sampai,"tegur Alif, salah seorang ahli kumpulan tiga yang bakal menjayakan projek khas ini demi tugasan akhir mreka.
Sara yang sedang sibuk berbincang mengenai skrip dengan beberapa orang ahli kumpulan tiga menghentikan perbincangannya buat seketika. Sara memandang Sabrina yang melangkah masuk ke dalam bilik latihan mereka bersama sebuah senyuman yang lebar.
"Guys, ni music's team kita." Sabrina memperkenalkan kumpulan muzik yang akan turut bekerjasama dalam menjayakan projek khas ini. Lebih kurang sepuluh orang pemain alat muzik akan turut serta bersama alat muzik masing-masing.
Mata Sara terpaut dengan mata Eshan. Jantung Sara terus bekerja dengan lebih kuat dari biasa apabila dia ternampak Eshan turut menyertai kumpulannya. Eshan yang melakar senyuman manis membuatkan Sara terus mengalihkan pandangannya.
"Kita tak perlu pening lagi tentang masalah muzik sebab kumpulan Eshan akan bantu kita semua selesaikan projek ni dan sekaligus assignment akhir kita yang terakhir di tahun akhir kita ni bakal berakhir dengan jayanya!" Sabrina menepuk tangannya tanda dia begitu teruja. Dia tersengih tanpa henti.
Semua ahli kumpulan tiga bersorak dan mengalu-alukan kedatangan kumpulan Eshan untuk menyertai kumpulan tiga. Sara pula hanya mampu tersenyum dan menepuk tangannya tanda sokongan yang diberi untuk ahli kumpulannya. Walaupun jantungnya berdegup lebih kencang daripada biasa, Sara tetap menunjukkan riak wajah yang tenang.
Kalau Puteri tahu yang Eshan sertai kumpulan Sara, mesti Puteri jadi kecoh. Boleh dibayangkan macam mana reaksi yang bakal diberi oleh Puteri nanti.
Haih, baru bayangkan pun dah cukup buat Sara pening kepala.
"Hai, Sara." Eshan mendekati Sara bersama senyuman.
Sara tersedar dari khayalannya. Dia terkejut kerana tiba-tiba saja Eshan sudah berada di hadapannya.
"Hai." Sara membalas senyuman Eshan. Walaupun senyumannya nampak kekok, tapi Sara tetap tak peduli semua tu. Dia memang terkejut dengan kehadiran Eshan di sini sebagai ahli kumpulannya.
"Kau tak suka ke aku masuk kumpulan kau?"soal Eshan. Dia memandang Sara dan cuba membaca riak wajah Sara.
"Eh, tak ada la. Baguslah kalau awak sertai kumpulan kami. Terima kasih sebab sudi bantu kumpulan kami, Eshan,"ucap Sara. Dia cuba berlawan dengan perasaan gemuruhnya apabila dia berdepan dengan Eshan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia rasa gemuruh apabila berdepan dengan Eshan selepas mereka berdua 'berbaik' di depan padang haritu.
Sebelum ni, pandangan Eshan terhadapnya cuma sebuah pandangan yang tajam dan angkuh. Tapi kali ni, pandangan Eshan berubah menjadi lebih redup. Lebih sedap mata untuk membalas pandangannya.
Mungkin sebab ini Sara berasa gemuruh untuk berdepan dengan Eshan. Mata Eshan yang berwarna coklat hazel membuatkan Sara berasa lebih gugup untuk memandang sepasang anak mata lelaki itu. Terlalu cantik!
Kalau dah terpandang mata Eshan, pasti susah nak lepaskan pandangan. Takut jadi zina mata pula. Jadi, lebih baik Sara tundukkan pandangannya terlebih dahulu.
"Are you nervous, Sara?"soal Eshan lagi. Matanya tetap tertumpu pada wajah Sara.
"Nervous? Tak ada la. Kenapa?"soal Sara semula. Risau sekiranya rasa gemuruh dia terlalu ketara sehingga Eshan sendiri menyedarinya.
"Yes, you're nervous. Bibir kau nampak pucat. Kau okey tak ni? Kau nak air?" Eshan tiba-tiba menjadi prihatin. Dia mengeluarkan air botol mineral dari beg galasnya dan menghulur kepada Sara.
YOU ARE READING
Aku Pengantinnya
Lãng mạnDia memang bukan lelaki yang romantik seperti Romeo. Dia kasar dan pandangannya matanya juga dingin sedingin ais batu. Itulah dia Eshan Hadid. Namun, setelah pertemuannya dengan Sara selepas mereka bertemu dalam dua tragedi membuatkan pandangan Esha...