Bab 19

71 8 0
                                    

POV Sara

Lama mata dia merenung wajah pucat Eshan. Tiada tanda yang lelaki ini akan mencelikkan matanya selepas seminggu dia berada di dalam keadaan koma.

Ya, seminggu. Sudah seminggu jugalah Sara perlu pura-pura kuat demi menjaga Eshan. Tak pernah dia terlepas walau satu hari untuk menjaga Eshan di hospital di siang hari. Sanggup dia mengambil cuti tanpa gaji dan berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berada di sisi Eshan sambil ditemani oleh Kak Lina atau Puteri.

Tangan Eshan dipandang. Bibir Sara mengukir senyuman pahit. Memaksa dirinya untuk terus tersenyum walaupun senyumannya tidak ikhlas. Nak pegang tangan, tak boleh. Dia masih belum menjadi isteri Eshan yang sah. Jadi, dia hanya mampu melihat Eshan yang terbaring.

"Assalamualaikum, Eshan.." ucapnya, perlahan.

"Awak apa khabar hari ni? Walaupun awak tak sihat, tapi awak masih nampak handsome ya?" Sara berbicara sendiri. Kemudian, dia ketawa perlahan seolah-olah Eshan dengar gurauan mesranya. Perit untuk dia lalui, tapi demi Eshan, dia perlu berlagak kuat supaya lelaki ini mempunyai semangat untuk melawan sakitnya.

Kak Lina yang ada di sisi Sara, hanya mampu tersenyum nipis. Dia mengusap bahu bakal adik iparnya itu. Dia faham, Sara pasti terasa sungguh sunyi selepas apa yang telah terjadi. Kalau Sara pun terasa sunyi, dia apatah lagi. Tak ada kawan untuk bergaduh manja di rumah.

"Awak, saya dah jumpa kasut kaca macam Cinderella tu. Cantik sangat. Saya dah beli. Orang tu pun bagi saya harga diskaun. Rezeki kita, kan?"

Sunyi. Dia hanya ditemani dengan bunyi mesin dan Eshan pun masih belum menunjukkan apa-petanda yang positif.

"Saya akan tunggu awak walau apa pun yang terjadi. Awak dah janji nak jadikan saya princess paling cantik pada hari wedding kita, kan?" luah Sara. Dia sebak. Bibirnya masih kuat mengukir senyuman walaupun air matanya sudah bertakung di tubur matanya.

Kak Lina yang mendengar pun turut terasa sedihnya. Dia mengalihkan pandangan dan mendongakkan kepala ke atas bagi menahan air mata yang hampir jatuh.

"Saya akan ada di sisi awak sama macam yang awak lakukan pada saya dulu. Saya akan setia pada awak. Walau berpuluh tahun sekalipun, saya akan tunggu awak. Sebab awak pengantin lelaki saya." Bergetar suara Sara menahan sebak. Menyebut tentang pengantin, dada Sara terasa sakit. Sakit kerana perasaan sedih yang selalu mengasak dadanya setiap kali dia melihat keadaan Eshan yang tak bermaya.

Keajaiban yang berlaku. Jari-jemari Eshan mula bergerak perlahan. Bebola mata Eshan juga boleh nampak bergerak-gerak walaupun kelopak matanya tertutup rapat.

"Eshan?" Kak Lina bersuara. Dia memegang tangan Eshan, erat.

"Kenapa dengan dia, kak?" soal Sara. Cemas. Dia bingkas bangun dan mahu beredar untuk memanggil jururawat, namun langkahnya terus terhenti saat telinganya disapa dengan satu suara yang sangat dirinduinya.

"Sa.."

"Sara.."

Sara menoleh. Matanya terpandang kelopak mata Eshan yang perlahan-lahan terbuka. Bibir pucat itu sesekali bergerak memanggil satu nama walaupun suaranya masih kurang jelas.

"Eshan?" Sara menyahut. Air matanya terus jatuh saat matanya terpaut dengan pandangan mata Eshan yang masih kuyu.

Kak Lina mengucapkan rasa syukur tanpa henti. Dia mengucup tangan adik lelakinya berkali-kali sebelum dia meminta diri untuk segera memanggil jururawat dan doktor untuk memeriksa keadaan Eshan.

"Sara.." Eshan bersuara lagi. Begitu perlahan nada suaranya, namun masih mampu menyapa gegendang telinga Sara dan membuatkan Sara terukir senyuman gembira. Dia mendekati Eshan dan memandang wajah tunangnya yang masih pucat.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now