Bab 15

96 8 0
                                    

POV Eshan

"Minumlah. Kopi kegemaran abah." Eshan pelawa Encik Halim untuk meneguk air yang sudah dibancuh oleh Eshan.

Sebaik sahaja Encik Halim dan Kak Lina tiba di rumah inap yang Eshan duduki di Melaka, Encik Halim terus melabuhkan punggungnya di atas sofa dan meluruskan pinggangnya. Penat selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur hingga ke Melaka.

"Esh, betul kea pa yang abah bagitahu akak tu? Kau nak kahwin?"soal Kak Lina. Dia mula membuka topik mengenai tujuan dia dan abahnya dipanggil Eshan untuk datang ke Melaka semata-mata mahu merisik gadis pilihan hati Eshan.

Eshan mengangguk. "Betul, kak."

Kak Lina menepuk dahinya. Datang dah kerja gila adik dia ni! Suka buat keputusan tanpa berbincang dengan keluarga dulu. Haih!

"Esh, siapa perempuan tu? Kami kenal ke? Kenapa tiba-tiba kau nak kahwin ni? Kau dah kenal dengan dia berapa lama?"soal Kak Lina, bertubi-tubi. Dia perlukan penjelasan daripada Eshan sepenuhnya.

"Abah dengan Kak Lina kenal dia." Eshan tersenyum sumbing sambil mengusap tengkuknya. Dia tahu, dia salah sebab buat keputusan terburu-buru macam ni. Tapi, nak buat macam mana?

Sekurang-kurangnya, dia perlu ikat Sara terlebih dahulu sebelum orang lain sambar Sara.

"Siapa?"soal Encik Halim. Dia memandang anak lelakinya. Moga-moga la pilihan hati anaknya elok orangnya. Jangan dia pilih yang ada perangai bukan-bukan dah la. Haru-biru jadinya nanti.

"Sara. Perempuan yang tolong Esh waktu Esh jatuh motor haritu,"kata Eshan. Nada suaranya semakin perlahan.

Takut kena pelangkung dengan abah dia.

"Sara? Budak perempuan yang tolong Esh tu?"soal Encik Halim sekali lagi. Inginkan kepastian.

Eshan mengangguk.

"Amboi, kau dah buat 'kerja' ya! Akak suruh kau berterima kasih pada dia, bukannya kau ambil dia jadi bini." Kak Lina mencubitlengan adiknya perlahan. Dia menjegilkan matanya pada Eshan.

"Atau, kau memang dah lama berkawan dengan dia tanpa bagitahu akak dengan abah?"

Pantas Eshan menggeleng. "Tak. Waktu dia tolong Esh tu.. Esh tak rapat pun dengan dia. Esh cuma kenal dia gitu-gitu aje waktu tu.. Tak sangka pula, Esh boleh jatuh hati dengan dia." Eshan mengusap lengannya.

Wajah seposen dia tayang. Minta simpati la kononnya. Manalah tahu, dengan wajah simpati dia tu nanti kakak dan abah dia terus bagi restu.

Amboi, dah gatal sangat kau ni Eshan!

"Yalah tu. Alasan!"kata Kak Lina. Dia menjeling adiknya.

Haih budak ni. Boleh tahan juga. Tahu-tahu, dah sangkut dengan si penyelamat dia sendiri.

"Habis tu, kenapa nak kahwin cepat-cepat? Kau jangan buat hal ya? Kalau aku tahu kau buat anak orang berisi.. Siap kau! Aku piat telinga kau!" Kak Lina memberi amaran keras.

Budak-budak zaman sekarang ni memang perlukan pantauan lebih. Risau kalau dia orang ikut benda yang tak elok. Bila dah biasa bebas, risau terikut benda yang tak bermoral.

"Ish, akak. Apa pula fikir ke situ? Ingat Esh ni apa? Esh tahu lagi mana yang salah dan mana yang betyl. Takkan la Esh nak rosakkan anak dara orang? Ayah Sara dengan abang Sara tu garang, tahu tak? Esh dah jumpa keluarga dia. Kalau Esh buat benda bukan-bukan pada Sara, silap-silap kepala Esh ni jadi cagaran tahu tak?"kata Eshan. Bersungguh dia meyakinkan kakak dan abahnya.

Nak kahwin, salah. Tak nak kahwin, lagilah salah. Kena marah aje nanti.

Umur aku pun 27 tahun. Dah sesuai kalau nak jadi suami orang. Apa salahnya? Aku ada kerja. Bukannya menganggur. Bisik hati Eshan. Sempat dia merungut di dalam hati. Risau kalau tak dapat restu daripada abah dan kakak dia.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now