Bab 12

100 6 0
                                    

POV Sara

"Ayah okey tak? Luka dekat mana?" soal Sara sejurus sahaja dia tiba di Klinik Kesihatan. Dia dan Safwan terus menuju ke arah Encik Mokhtar yang sedang duduk menunggu giliran untuk mengambil ubat.

"Ayah okey. Sara datang naik apa ni? Safwan? Kamu tak kerja?" soal Encik Mokhtar. Matanya memandang kedua-dua anaknya yang datang bersama.

"Sara dengan Abang Wan naik grab," jawab Sara. Dia menghela nafas lega apabila melihat keadaan ayahnya baik-baik saja. Kalau tak, rasa macam nak terkeluar dah jantung ni sebab risau!

"Maaf, ayah. Telefon Wan habis bateri tadi. Tak sempat cas. Tu yang ayah tak dapat call Wan,"kata Safwan. Dia terus mencapai tangan Encik Mokhtar dan mencium tangan ayahnya. Rasa bersalah apabila ayahnya tidak dapat menghubunginya.

Nasib baiklah Sara ada. Kalau tidak, mesti dia menyesal!

Encik Mokhtar sekadar mengangguk tanda mengerti. "Tak apa, ayah faham."

Dia mengusap sedikit lengan tangannya yang terseliuh.

"Ayah betul-betul okey ke ni? Sara risaulah, ayah. Ayah dah la tak sihat mana pun. Sekarang, jatuh motor pula. Ayah jatuh sendiri atau ada yang langgar ayah?"soal Sara lagi. Dia memandang Encik Mokhtar bersama pandangan yang penuh kerisauan. Sekejap-sekejap dia memeriksa tangan Encik Mokhtar untuk memastikan ayahnya benar-benar tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Ayah terjatuh sendiri. Tak apa. Tak teruk mana pun. Lagipun, ada yang bantu ayah."

"Siapa?"soal Sara.

"Saya."

Sara terus menoleh ke arah kirinya. Begitu juga dengan Safwan. Mereka sama-sama menoleh ke tepi untuk melihat tuan empunya suara yang menjawab pertanyaan Sara.

Melihat gerangan yang datang membantu Encik Mokhtar, Sara terus menjadi kaku.

Lelaki itu tersenyum dan melabuhkan punggung di sebelah Encik Mokhtar bersama sebuah plastik yang berisi ubat-ubatan berada pada tangannya.

"Wan, Sara, ni la orang yang bantu ayah. Nama dia Eshan." Encik Mokhtar memperkenalkan lelaki itu kepada Sara dan Safwan.

Sara memandang Eshan yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Kemudian, Eshan mengalihkan pandangannya ke arah Safwan pula.

"Nama saya Eshan." Eshan menghulur tangan pada Safwan untuk bersalaman dan Safwan pantas menyambutnya.

"Aku Safwan. Ni adik aku, Sara." Safwan pula memperkenalkan diri mereka.

Sara tidak menjawab. Dia masih lagi terkejut dengan kemunculan Eshan yang secara drastik.

"Terima kasih sebab tolong ayah aku, Eshan. Telefon aku mati tadi sebab habis bateri. Nasib baik kau ada dan bantu ayah aku. Doktor ada cakap apa-apa tak?"soal Safwan. Dia perlu tahu keadaan ayahnya walaupun ayahnya sudah berkali-kali beritahu mereka yang dia tidak mengalami kecederaan terus.

"Doktor cakap, pakcik okey. Cuma, tekanan darah dia naik sikit dan tangan pakcik terseliuh sikit. Tak teruk pun,"kata Eshan, menjelaskan semula apa yang doktor beritahu mengenai keadaan Encik Mokhtar tadi.

Safwan menghela nafas lega.

Alhamdulillah!

"Sara? Okey tak?"tegur Encik Mokhtar. Dia memandang Sara yang kelihatan gugup sejak Eshan menegur sapu mereka dua beradik tadi.

"Okey. Sara okey." Sara tiba-tiba menjadi gugup. Tak tahu reaksi apa yang perlu dia berikan sekarang. Dia hanya mampu mengukir senyuman walaupun senyuman dia nampak kekok.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now