POV Sara
Dia memejamkan matanya sebentar sambil tubuhnya disandarkan pada dinding. Tak lama kemudian, bibirnya terlukis sebuah senyuman yang puas.
Akhirnya. Setelah dia menjalani beberapa temu duga untuk mendapat sebuah pekerjaan tetap, dia akhirnya berjaya diterima di sebuah kedai butik pengantin. Walaupun bidang pekerjaannya jauh beza dengan bidang yang dia belajar di kampus, namun dia tetap terima dengan hati yang lapang.
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang, dia tak boleh memilih untuk mendapatkan sebuah pekerjaan tetap. Asalkan kerjanya sesuai untuk dia sebagai seorang perempuan dan dauit gaji yang halal, dia tetap akan menjalankan tugasnya dengan sepenuh hati dan telus.
Sara memalingkan wajahnya ke arah kanan dan memandang jam di dinding rumah. Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Dia bangkit dan berjalan menuju ke bilik tidurnya. Dia mahu membersihkan dan menyegarkan tubuhnya sebelum dia menyediakan bahan untuk lauk makan malam nanti.
Beg yang dijinjitnya tadi diletakkan di atas meja belajar. Pin tudung dibuka dan tudungnya pula disangkut rapi pada ampaian kecil yang ada di dalam biliknya. Sesekali, Sara mengibaskan tangannya pada leher dia dek kerana bahang panas yang terasa. Berpeluh-peluh dia dibuatnya.
Bunyi telefon Sara mengalihkan perhatiannya. Telefon yang disimpan di dalam beg tadi terus dikeluarkan untuk melihat gerangan yang menghantar pesanan kepadanya. Melihat nama yang tertera, bibir Sara terus melakar senyuman lebar pada wajahnya.
Assalamualaikum, tunangku. - Eshan
Cukup melihat mesej yang diterima, hati Sara menjadi senang dan berbunga-bunga. Selepas menjadi tunangan Eshan, Sara lebih teruja menunggu pesanan atau panggilan daripada Eshan. Tak kira pagi, tengah hari, petang atau malam. Sara menjadi tertunggu-tunggu untuk mendengar khabar daripada tunangnya.
Eshan tak pernah terlepas untuk menegur Sara setiap hari walaupun cuma dalam bentuk pesanan ringkas.
Sara menaip sambil bibirnya tersenyum tanpa henti. Rasa nak kejung pipi bila dapat pesanan daripada si tunang kesayangan dia.
Waalaikumussalam, awak. - Sara
Bukan Sara la namanya kalau tak bermain tarik tali. Saja nak jual mahal. Dia suka apabila melihat Eshan yang bersungguh-sungguh untuk merapati dia.
Disebabkan usaha keras itulah, Eshan berjaya membuka pintu hati Sara yang terkunci selama ni.
Kesungguhan Eshan adalah kuncinya.
Buat apa tu? Kau nak makan tak? Aku boleh pesankan makanan untuk kau. -Eshan
Tak sampai seminit, mesej Sara sudah terbalas.
Belum. Saya baru balik kerja. Awak dah makan? - Sara
Sara balas pesanan daripada Eshan. Tubuh dia yang terasa panas tadi terus terasa sejuk. Sara menggigit kukunya sambil menanti jawapan daripada Eshan. Walaupun hanya topik perbualan yang sama setiap hari, namun dia tak pernah rasa jemu.
Dia tetap menanti khabar dari tunangnya.
Aku baru makan tadi. - Eshan
Kau dah dapat kerja? OMG, congrats sayang! - Eshan
Sara tersengih sendiri selepas membaca jawapan Eshan. Penatnya terus hilang bagai dibawa angin. Lebih-lebih lagi, dia membaca perkataan 'sayang' yang jelas ada di dalam teks Eshan.
Tipulah kalau dia tak rasa 'butterfly' dalam perut. Hiks!
Esok aku datang sana. Kita jumpa ya? Aku nak makan malam dengan kau sekeluarga. Aku belanja. Aku baru dapat gaji. -Eshan
YOU ARE READING
Aku Pengantinnya
RomanceDia memang bukan lelaki yang romantik seperti Romeo. Dia kasar dan pandangannya matanya juga dingin sedingin ais batu. Itulah dia Eshan Hadid. Namun, setelah pertemuannya dengan Sara selepas mereka bertemu dalam dua tragedi membuatkan pandangan Esha...