Bab 20

125 10 0
                                    

POV Sara

"Sara, kau memang serius ke ni? Kau nak jumpa Mukhriz?"soal Puteri. Dia menoleh ke tepi dan memandang sekilas wajah Sara yang sejak tadi hanya masam mencuka. Macam mana nak manis muka lagi lepas kena halau dengan tunang sendiri?

Puteri pun pening. Buat hal pula sepupu dia yang seorang tu. Waktu macam ni juga la Eshan nak tarik diri, padahal Sara terima segala kekurangan dia. Dah ada perempuan baik, dia pula tak nak. Tolak rezeki betul la mamat tu.

"Aku memang kena jumpa dia, Puteri. Selagi aku tak dapat jumpa dia, selagi tu hati aku tak tenang. Lagipun, Eshan tengah tak sihat sekarang. Aku cuma boleh bantu dia dengan cara macam ni aje," kata Sara. Dia meraup wajahnya sekali, kemudian dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi kereta milik Puteri. Pandangannya dibuang ke luar tingkap kereta dan memandang bangunan-bangunan pencakar langit menunjukkan dia berada di dalam sebuah bandar yang sedang membangun.

Jiwa dia merawan. Pening kepala nak fikirkan masalah yang mendatang. Risaukan Eshan, satu hal. Risau tak jadi kahwin pun satu hal.

"Kau kena janji dengan aku yang kau akan berbincang baik-baik dengan Mukhriz nanti. Aku tak nak kau terlalu ikutkan perasaan, lepas tu nanti kau pula sound si Mukhriz tu," pesan Puteri. Risau dia kalau Sara tiba-tiba naik hantu. Dia tak pernah lagi nampak Sara naik hantu. Kalau dia naik hantu, apalah yang jadi agaknya?

"Ya, aku tahu. Aku masih waras. Aku cuma nak tahu macam mana dia boleh ada dekat situ. Banyak persoalan aku tentang Mukhriz sekarang ni."

"Sabar ya? Aku yakin, apa pun yang jadi, Esh tak akan berani tinggalkan kau. Aku tengok, dia separuh mati sayangkan kau," ujar Puteri pula. Matanya masih fokus pada jalan raya walaupun hatinya ikut risau sama dengan Sara. Tapi, pada Puteri, dia lebih risaukan Sara berbanding Eshan. Yalah, Sara pun dah macam adik-beradik dia. Kalau Eshan tu, dia memang dah kenal perangai keras kepala mamat tu.

"Takkanlah dia sayang aku sampai macam tu sekali? Kami kenal pun tak sampai setahun lagi." Wajah Sara sugul. Jari-jemarinya bermian-main dengan hujung kain tudungnya sambil melayan perasaan. Ada juga dia terasa hati dengan kata-kata Eshan semalam, tapi dia cuba untuk menepis perasaan negatif itu. Ini dugaan untuk dia dan Eshan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

"Kau pernah dengar tak pasal 'cinta pandang pertama'?" soal Puteri. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman.

"Mestilah pernah. Kenapa? Kau nak cakap yang Eshan memang dah sayang aku sejak kali pertama kami berjumpa?"

"Well.. Who knows? Hati manusia ni Tuhan yang pegang. Kalau Tuhan nak buat hati Eshan jatuh sayang pada kau waktu dia hampir terlanggar kau depan bus stop haritu, kau nak kata apa? Eshan tu kalau dah sayang, dia memang susah nak lepas. Setahu aku, dia tak pernah ada cinta pertama lagi setakat ni sampailah dia jumpa kau. Baru aku nampak dia angau macam orang tak betul macam tu. Arwah mak dia meninggal dulu pun, dia ambil masa hampir setahun untuk dia terima pemergian arwah mak dia,"kata Puteri.

Sara memandang Puteri yang masih menumpukan perhatian pada jalan raya. Kemudian, Puteri menyambung lagi,

"Sekarang ni, dia memang betul-betul ikhlas sayangkan kau. Jadi, sebab itulah aku tak terkejut pun waktu kau bagitahu aku yang Esh nak putuskan pertunangan kau orang berdua. Aku yakin, semua tu cuma keluar dari mulut dia aje. Dia tak nak kau susah. Kalau dia tak nak kau, dari dulu dia dah maki kau. Waktu kau melintas dulu pun dia dah boleh maki-hamun kau. Tapi, apa dia buat? Dia panggil kau kekwat, kan?" Puteri ketawa kecil.

"Aku berani kerat jarilah, Sara. Aku boleh jamin yang dia jatuh cinta dengan kau sebab kau 'cirit'kan dia waktu tu. Mana ada perempuan yang berani nak 'cirit'kan dia? Silap-silap, perempuan lain yang tercirit sebab kena sound dengan dia. Dia tu kan famous dengan perangai baran dia yang suka sangat sound orang tu."

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now