Bab 4

136 10 0
                                    

POV Eshan

Eshan melemparkan pandangannya ke luar kereta. Fikirannya kosong. Apa yang dia tahu, dia mahu berjumpa dengan perempuan yang sudah membantunya tempoh hari dan berterima kasih.

Walaupun diri dia belum sihat sepenuhnya, tapi dia masih gagahkan diri untuk berjumpa dengan perempuan itu. Benda baik, tak baik untuk dilengahkan. Lagipun, dia tak nak berterima kasih melalui mesej atau call. Dia mahu berterima kasih secara bersemuka dengan perempuan itu.

Lebih berharga kalau mereka bersemuka.

Tiba di kampus, Eshan terus keluar dari kereta milik kawannya. Matanya melilau memandang sekeliling untuk mencari figura manusia yang dicarinya.

"Kenapa kau tak ajak dia jumpa dekat rumah aje? Kan senang,"kata Mukhriz. Selepas mengunci keretanya, dia berjalan mendekati Eshan.

"Sini paling senang dan selesa kalau nak jumpa. Kalau dekat rumah, aku takut perempuan tu pula tak selesa nanti."

Mukhriz hanya mengangguk. Kalau itu yang dikata Eshan, apa dia boleh buat selain akur?

"Tu Puteri." Mukhriz menunjuk ke arah Puteri bersama dengan dua orang kawannya.

Eshan menoleh dan memandang ke arah yang ditunjuk Mukhriz. Kemudian, dahinya berkerut.

"Macam aku kenal perempuan tu."

Lama Eshan memandang perempuan yang turut sama ada dengan Puteri. Apabila perempuan tersebut turut memandangnya, mata mereka bertaut.

Kenapa aku rasa macam kenal perempuan tu? Aku pernah jumpa dia ke? Tapi, dekat mana? Bisik hati Eshan. Tiba-tiba, kepalanya berdenyut. Dia terus memegang kepalanya menahan sakit.

"Eshan. Kau okey tak?" Mukhriz segera memegang erat kedua-dua bahu Eshan agar tidak terjatuh.

"Eshan!" Suara Puteri memanggilnya dari jauh.

Eshan mengerutkan dahinya dan memandang Puteri bersama dua orang kawannya berlari menuju ke arahnya. Riak kerisauan pada wajah Puteri jelas kelihatan.

"Eshan, kau okey tak? Kenapa ni?"

Eshan memandang perempuan yang berdiri di sebelah Puteri. Puteri yang menyedari keadaan tersebut, bibirnya terus terukir senyuman. Hilang rasa risau pada Eshan.

"Nama dia Sara." Puteri terus memperkenalkan Sara kepada Eshan.

"Aku rasa aku tak perlu kenalkan dia pada kau kut. Kau dah kenal Naim." Puteri menunjuk ke arah Naim pula. Naim hanya mengangguk. Dia pun dah kenal dengan Eshan memandangkan dia juga rapat dengan Puteri dan Mukhriz.

"Sara?"soal Eshan. Selepas merenung wajah Sara, barulah dia teringat segalanya tentang perempuan itu.

Perempuan ni la yang aku hampir langgar haritu! Dia juga yang jadi kepoci sibuk curi dengar perbualan orang depan bilik latihan haritu. Nama dia Sara rupanya. Bisik hati Eshan.

"Awak okey ke?"soal Sara. Prihatin dengan keadaan Eshan.

Eshan tidak menjawab. Dia berdiri tegak dan berdeham. Dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Rasa sakit kepalanya pun terus hilang. Entahlah. Tadi amnesia sekejap kut.

"Mukhriz, doktor ada cakap otak dia ni problem ke?"soal Naim. Dia memandang Mukhriz.

"Eh, mana ada aku sakit otak. Nampak macam aku sakit ke?" Eshan menjawab sebelum sempat Mukhriz bersuara. Dia memandang Naim dan sempat menjegilkan matanya pada Naim.

"Habis tu, tadi kau macam sakit kepala. Kenapa?"soal Puteri pula. Pelik dengan sikap Eshan yang tiba-tiba berubah.

"Aku sengaja nak uji Mukhriz. Nak tengok sama ada dia care pasal aku atau tak,"kata Eshan, selamba. Mukhriz pula terpinga-pinga memandang Eshan.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now