Bab 7

108 8 0
                                    

POV Sara

Mata Sara terkedip-kedip memandang syiling atas di dalam biliknya. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi, namun matanya masih tidak dapat lelap dan tiada langsung tanda-tanda mahu melelapkan mata.

Di dalam fikirannya penuh dengan kata-kata Eshan siang tadi. Sara masih terkejut dengan pengakuan Eshan yang secara tiba-tiba.

"Aku suka kau. Takkan kau tak faham lagi kut? Kalau aku tak suka, aku takkan datang rumah kau malam-malam semata-mata nak bagitahu kau yang aku nak makan mi goreng pagi ni. Selalunya lelaki yang bebal bab ni. Kenapa sekarang kau pula yang bebal ni?"

Suara Eshan terngiang-ngiang di dalam kepala Sara. Sara pun tak pasti sama ada Eshan serius atau pun tidak. Tapi, dari riak wajah Eshan, nampak seperti dia serius.

Sara menghela nafas panjang. Dia menekup wajahnya dengan bantal. Dia menjerit dan suaranya tenggelam dek kerana wajahnya yang ditekup pada bantal. Senang sikit nak lepaskan perasaan. Nak menjerit pun tak ada la jiran boleh dengar.

Sara meletak semula bantalnya ke tepi dan dia menghela nafas sekali lagi. Jantungnya sejak tadi berdegup pantas.

Fikirannya terimbas lagi pada perbualannya dengan Eshan siang tadi.

"Awak suka saya?"soal Sara, menginginkan kepastian dari Eshan. Dia memandang Eshan tanpa mengerdipkan matanya.

"Ya, Sara. Aku suka kau. Aku tahu, aku bagitau semua ni secara mengejut. Aku pun tak nak ada perasaan ni, tapi setiap kali aku jumpa kau, jantung aku berdegup laju. Aku sentiasa rasa teruja bila aku nampak kau. Aku tak tahan dengan perasaan yang dah selalu mengasak dada aku ni. Selagi aku tak bagitahu kau, selagi tu perasaan ni akan terus asak dada aku. Jadi, aku kena juga luahkan pda kau,"kata Eshan. Dia bersungguj-sungguh menjelaskan perasaannya terhadap Sara.

Biarlah mukanya dah bertukar menjadi semerah tomato sekalipun, asalkan dia sudah tidak rasa terbeban dengan perasaannya ini lagi.

"Tapi, saya ni kan perempuan kekwat?" Sara cuba menguji Eshan. Dulu, bukan main Eshan gelar dia kekwat.

Sekarang, apa cerita? Perempuan kekwat ni juga dah buat dia jatuh hati.

"Tak, Sara. Bila aku cakap yang aku tak suka pada kau? Aku cuma cakap kau kekwat dan kepoci. Jadi? Tak ada masalah pun kalau kau kekwat. Aku pun kekwat juga. Kita sama-sama annoying. Hanya kita berdua aje yang boleh layan annoying masing-masing,"jawab Eshan. Dia meraup wajahnya dan bersandar pada kerusi. Halkumnya bergerak-gerak dek kerana dia asyik menelan air liur yang sudah mula terasa kering dalam mulutnya.

Nervous.

Sara mendiamkan diri buat seketika. Eshan juga mendiamkan diri. Masing-masing tak tahu mahu berkata apa lagi.

Sara memandang Eshan dan dia menarik nafas panjang. Jantungnya yang sudah berdegup laju bagaikan nak terkeluar hanya dibiarkan. Dia cuba berlagak tenang.

"Eshan, awak boleh bagi saya masak untuk fikir?"soal Sara. Soal hati bukan boleh dibuat main. Kalau buat keputusan terburu-buru, memang nahaslah jawabnya. Tempah masalah sendiri namanya tu.

Eshan hanya mengangguk perlahan sebagai jawapan kepada soalan Sara. Kemudian, mereka berdua terus diam tidak berkutik dan hanya menjamu selera.

"Sara Khadija!"

Suara Puteri mengejutkan Sara. Puteri berdiri di sebelah katil Sara dan menepuk lengan Sara berkali-kali.

Sara mengerutkan dahinya dan memandang Puteri. Dia terpinga-pinga dan masih mamai. Kemudian, dia melihat biliknya yang sudah terang ditembusi cahaya melalui tingkap.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now