Bab 11

74 8 0
                                    

POV Sara

Pintu rumah yang berkunci itu dipandang. Sara melihat jam ditangan kirinya.

Dah masuk waktu makan tengahari. Mungkin ayah dan abangnya keluar pergi makan tengahari di warung.

"Sara?"

Suara Encik Mokhtar menyapa gegendang telinga Sara. Sara menoleh ke belakang dan terus terpandang wajah ayahnya yang sedang berdiri bersama bungkusan makanan yang dibelinya di warung tadi.

"Ayah!" Sara terus tersenyum dan meluru kea rah Encik Mokhtar. Dia memeluk ayahnya untuk melepaskan rindu.

"Sara rindu ayah." Sara memeluk Encik Mokhtar dengan erat. Bibirnya tidak berhenti dari mengukir senyuman lebar, kemudian dia meleraikan pelukan mereka. Nampak wajah Encik Mokhtar menjadi lebih ceria saat melihat kepulangan anak gadisnya.

"Bila Sara sampai? Kenapa tak bagitahu? Boleh ayah atau abang jemput Sara dekat stesen bas,"kata Encik Mokhtar. Dia melihat anak gadisnya yang semakin matang dan cantik persis ibunya. Encik Mokhtar tersenyum.

"Sara nak bagi surprise.." Sara tersengih.

Encik Mokhtar menghamburkan tawa kecilnya.

"Ada-ada ajelah kamu ni, Sara. Dah, jom masuk. Ayah ada beli makanan ni."

Sara akur dan mengangkat bagasi bajunya.

"Abang Wan mana, ayah?"soal Sara. Matanya memandang sekeliling mencari abangnya.

"Abang kamu kerja. Petang nanti baliklah dia." Encik Mokhtar membuka kunci pintu rumah dan menguak luas pintu membenarkan cahaya masuk ke dalam rumah itu. Dua beranak ini masuk ke dalam rumah.

"Ayah selalu makan sorang?"

"Tak adalah selalu. Kadang-kadang aje. Hari ni, ayah nak makan dekat rumah. Selalunya ayah makan dengan kawan ayah,"jawab Encik Mokhtar. Sara mengangguk tanda mengerti.

"Kesian ayah makan sorang-sorang dekat rumah. Tak apa, Sara dah balik ni. Boleh Sara masak untuk ayah dan teman ayah makan hari-hari." Sara tersenyum. Usai dia meletakkan bagasi bajunya di bilik tidur dia, dia kembali pada ayahnya dan menemani ayahnya makan di ruang makan di dapur.

"Ala, tak apa. Ayah tak kisah pun. Kamu tu, Sara. Belajar macam mana? Balik ni berapa lama?"

"Sara dah habis belajar la, ayah. Tunggu nak naik pentas dan ambik sijil Sara. Masa tu, Sara akan bawa ayah dengan abang untuk tengok Sara naik atas pentas." Sara mengambil tempat di sebelah ayahnya dan melihat ayahnya menjamu selera.

Encik Mokhtar menghulur satu sudu nasi untuk menyuap ke mulut Sara. Sara tersenyum dan menerima suapan ayahnya masuk ke mulut. Dah lama tak bermanja dengan ayah dia.

Walaupun ayah dia tegas dan kadang-kala garang, tapi dia tetap manjakan Sara walau apa pun yang jadi. Bukti untuk kasih seorang ayah.

"Dah habis belajar? Maksudnya, kamu tak balik sana dah?"soal Encik Mokhtar. Sara hanya menggeleng sebagai jawapan.

"Sara tak nak kerja dekat KL?"soal Encik Mokhtar lagi. Dia menoleh ke tepi, memandang anak gadisnya.

Sara memandang ayahnya. Mulutnya berhenti dari mengunyah nasi.

"Ayah izinkan ke kalau Sara kerja dekat sana?"

"Ayah izinkan.." Encik Mokhtar tersenyum dan mengangguk. Sara dah susah-payah belajar sejauh ni, takkan la Sara nak kerja di kampung pula.

Setakat nak kerja di bandar, mungkin tak ada masalah asalkan Sara sentiasa ingat pesanannya untuk menjaga diri.

"Dengan syarat, Sara kena ingat pesan ayah dengan abang. Kalau nak berkawan dengan mana-mana lelaki, Sara kena bagitahu ayah dengan abang dulu. Senang. Kalau apa-apa terjadi, senang ayah dengan abang untuk tahu keadaan Sara,"kata Encik Mokhtar lagi.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now