Bab 14

80 6 0
                                    

POV Sara

"Terima kasih sebab dah bantu pakcik, Eshan. Nanti datanglah ke sini lagi ya?" kata Encik Mokhtar. Dia memeluk tubuh Eshan dan menepuk perlahan belakang badan Eshan. Senyuman tidak pernah lekang dari wajah Encik Mokhtar sejak dia berkenalan dengan Eshan semalam.

"Sama-sama, pakcik. Nanti saya datang ke sini lagi. Pakcik jaga diri baik-baik. Tangan tu belum baik sepenuhnya. Jangan buat kerja berat ya?"pesan Eshan. Dia mengukir senyuman dan membalas pelukan Encik Mokhtar.

"Ya." Encik Mokhtar mengangguk tanda mengerti dengan pesanan yang diberi.

Eshan melepaskan pelukan mereka dan dia mengalihkan pandangannya ke arah Safwan pula. Mereka berdua bersalaman bersama ucapan terima kasih.

Selepas bersalaman dengan Safwan, sudah tiba giliran Sara pula untuk berdepan dengan Eshan. Eshan berdeham sedikit dan memandang Sara dengan pandangan redupnya. Sara hanya tersenyum. Rasa kekok dan debaran yang terasa di dadanya masih ada apabila dia berdepan dengan Eshan.

"Betul ke awak dah jumpa rumah inap?"soal Sara. Entah kenapa, berat hatinya untuk melepaskan Eshan pergi. Tujuan sebenar Eshan datang ke kampungnya pun Sara belum tahu. Tak sempat dia nak bertanya.

Semakin berat hati Sara untuk berpisah dengan Eshan.

"Ya. Abang awak bantu saya dapatkan rumah inap berdekatan,"kata Eshan sambil mengangguk perlahan kepalanya.

"Saya ada dekat kampung ni sampai minggu depan. Kalau perlukan apa-apa, bagitahulah saya. Saya cuba bantu,"kata Eshan lagi. Dia memandang Encik Mokhtar pula dan tersenyum.

"Kalau tak ada apa-apa pun, memang pakcik nak jemput kamu datang ke sini. Boleh temankan pakcik berborak dekat rumah waktu Safwan tak ada."

Eshan melepaskan tawa kecilnya. Disebabkan Encik Mokhtar yang sudah bergantung harap pada Eshan, kini Eshan menjadi lebih selesa untuk bersama dengan keluarga Sara. Baru berkenalan pun dah terasa seperti bertahun-tahun lamanya mereka berkenalan. Terasa rapat sungguh.

"Ayah ni.. Sara kan ada?" Sara mencebikkan sedikit bibirnya. Kononnya merajuk dengan Encik Mokhtar yang sudah mendapat 'anak emas' baru.

"Sara perempuan. Ayah nak berborak dengan anak lelaki. Safwan kena kerja. Jadi, ayah jemputlah Eshan datang ke sini. Kebetulan, Eshan pun suka makan pisang goreng. Bolehlah dia teman ayah makan pisang goreng hari-hari,"kata Encik Mokhtar. Dia mengusap perutnya yang tiba-tiba terasa lapar. Terbayang-bayang pisang goreng yang dimakan di pangkin pada waktu petang sambil melayan angin sepoi-sepoi.

Fuh, memang syahdu!

"Amboi, jangan sedap sangat. Ayah tu kena jaga kesihatan,"tegur Safwan. Walaupun Encik Mokhtar itu ayahnya, Safwan tetap bersikap tegas apabila ianya berkaitan dengan kesihatan Encik Mokhtar.

Encik Mokhtar hanya ketawa. Tak mampu melawan kata-kata Safwan yang ada benarnya.

Mata Sara kemudian memandang Eshan yang turut sama ketawa. Automatik, bibir Sara terukir senyuman. Syukur, ayahnya dapat serasikan diri dengan Eshan.

"Nasib baiklah kamu dah ada calon isteri, Eshan. Kalau tak, memang pakcik jodohkan kamu dengan Sara ni."

Terus terbuka luas mata Sara. Hilang sudah senyumannya tadi selepas mendengar kata-kata ayahnya. Langsung tak dijangka yang ayahnya akan berkata begitu walhal selama ini ayahnya melarang keras untuk Sara berkawan rapat dengan mana-mana lelaki.

Lagi satu. Encik Mokhtar menyebut tentang calon isteri Eshan? Eshan dah ada calon isteri ke? Jantung Sara tiba-tiba berdegup dengan lebih laju. Rasa macam nak terkeluar pun ada. Sara berasa gelisah dan gundah-gulana.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now