POV Sara
Sara menyisir rambutnya di hadapan cermin yang tergantung pada dinding di dalam bilik tidurnya. Puteri yang bersandar pada pintu biliknya bersama senyuman sengaja tidak dilayan. Melihat senyuman Puteri pun dah tahu apa niat gadis itu datang ke bilik tidurnya.
"Sara." Puteri memanggil Sara. Bibirnya tidak dapat berhenti dari menggariskan senyuman pada wajahnya.
"Puteri, kau tak penat ke? Kita baru selesai projek akhir kita. Kita rehat ya? Kita berbual esok pagi,"kata Sara. Dia cuba untuk menolak Puteri keluar dari biliknya, namun Puteri lebih pantas masuk ke dalam bilik tidurnya dan terus melabuhkan punggung di atas katil Sara.
"Tak lama lagi, kita bakal jadi satu keluarga ya?"soal Puteri. Kali ni, dia tersengih pula. Mungkin terlebih teruja selepas mendengar khabar mengenai pengumuman gila yang dibuat oleh Eshan siang tadi.
"Kita memang satu keluarga, kan? Kita rapat macam adik-beradik. Atau, kau tak anggap aku macam adik-beradik sebelum ni?"soal Sara. Dia melabuhkan punggung di sebelah Puteri dan memandang Puteri bersama kedua-dua keningnya terangkat.
"Eh, memanglah kita rapat macam adik-beradik. Tapi, kali ni kau akan jadi ahli keluarga aku betul-betul!"
Sara tersenyum. Cepat betul Puteri dengar khabar berita tu. Kalau bab kahwin, laju saja beritanya tersebar.
"Puteri, kau tak ada abang. Kau cuma ada adik perempuan. Aku nak kahwin dengan siapa pula sampai jadi ahli keluarga kau betul-betul ni?"soal Sara. Dia berpura-pura tidak mengerti dengan maksud Puteri tadi. Sengaja mahu bermain tarik tali. Lagipun, hubungan dia dengan Eshan masih belum pasti. Kenal pun tak sampai setahun lagi.
Takkan tiba-tiba nak kahwin? Dalam keadaan sekarang, memang agak mustahil untuk dia menerima gelaran isteri tu. Agak susah dan berat untuk dia pikul.
"Ala, kau ni. Pura-pura tak faham pula." Puteri mencebikkan bibirnya.
Sara ketawa kecil.
"Puteri, aku dengan Eshan tu tak ada apa-apa hubungan yang serius. Dia yang beria anggap aku ni kekasih dia. Aku tak paksa dia pun. Aku cuma nak berkawan. Lagipun, kalau sebut bab kahwin ni.." Sara menghela nafas panjang. Berat hatinya apabila memikirkan tentang perkahwinan. Ayah dia pun belum beri apa-apa tanda yang dia setuju untuk membiarkan Sara berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Inikan pula nak bawa calon suami balik ke rumah?
"Ayah dan abang aku tak akan setuju. Aku baru habis belajar. Takkan tiba-tiba nak kahwin? Angin tak ada, ribut pun tak ada, aku tak pernah sebut pasal calon suami pada abang aku. Nanti kalau aku sebut pasal kahwin dengan dia, memang teruk la aku berleter nanti,"ujar Sara. Jari-jemarinya bermain-main dengan hujung rambutnya. Rasa rindu pada keluarga belum dapat dilunaskan lagi, inikan pula nak tambah masalah baru.
"Abang dengan ayah kau masih nak kawal pergerakan kau ke?"soal Puteri.
Sara tersenyum pendek.
"Mungkin dah tak seketat dulu. Tapi, aku faham. Aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku. Mestilah ayah dengan abang aku kena jaga aku betul-betul."
Puteri memeluk bahu Sara dan mengusap perlahan lengan Sara. Dia melabuhkan dagunya pada bahu Sara.
"Mesti ayah dengan abang kau nak yang terbaik untuk kau. Mesti ada sebab kenapa dia orang protect kau betul-betul daripada lelaki lain. Abang dengan ayah kau kan lelaki. Mesti dia orang tahu kenapa kau tak patut berkawan terlalu rapat dengan lelaki lain. Tak apa, Sara. Aku akan jadi kawan kau sampai bila-bila. Kita kan bakal jadi satu keluarga?" Sempat Puteri mengusik Sara.
Ada saja peluang untuk selit tentang Eshan, pasti Puteri akan buat.
Cis!
"Mula dah nak sebut pasal tu. Dah, aku nak rehat. Malas aku nak layan angan-angan kau." Sara meleraikan pelukan Puteri. Kalau makin dilayan, makin menjadi-jadi usikan Puteri.
YOU ARE READING
Aku Pengantinnya
RomanceDia memang bukan lelaki yang romantik seperti Romeo. Dia kasar dan pandangannya matanya juga dingin sedingin ais batu. Itulah dia Eshan Hadid. Namun, setelah pertemuannya dengan Sara selepas mereka bertemu dalam dua tragedi membuatkan pandangan Esha...