Bab 18

82 10 0
                                    

POV Eshan

"Kau dah fikir masak-masak ke ni, Esh? Tournament ni bukan tournament yang biasa kau main tu. Ini tournament yang lebih besar daripada sebelum ni." Naim merendahkan tubuhnya dan memandang Eshan yang sudah ada di dalam perut kereta lumba Formula 1 (F1) itu. Lelaki itu sudah lengkap memakai sut pelumba kereta dan topi keledar khas untuk pelumba kereta.

"Aku tahu, Naim. Kau tak perlulah risaukan aku,"jawab Eshan. Dia menyarung sarung tangan ke dalam kedua-dua tangannya.

"Kalau kau ubah fikiran, bagitahu aku. Aku boleh bagitahu dia orang yang kau nak undur diri atas faktor kesihatan,"kata Naim lagi. Risau apabila melihat semangat Eshan yang terlalu berkobar-kobar kali ni.

Mungkin kerana dia perlu mengumpul duit untuk mengadakan majlis perkahwinan impian dia dan Sara. Jadi, semangat dia kali ni lebih berkobar-kobar kerana dia membawa nama Sara di dalam hati dia kali ni.

"Apa benda kau merepek ni, Naim? Aku dah ada dekat sini. Lagi beberapa minit, tournament ni akan bermula. Aku perlu menang dalam tournament ni, Naim. Aku perlukan duit tu untuk buat majlis perkahwinan aku dengan Sara secara besar-besaran. Aku dah janji dengan dia untuk jadikan dia puteri paling cantik nanti. Takkan aku nak mungkir janji aku?"soal Eshan. Bengang pula dengan Naim yang tiba-tiba tak yakin dengan dia.

Berkerut-kerut dahi Eshan sambil memandang Naim sekilas. Matanya sedikit tajam mencerlung wajah lelaki itu. Geram.

Orang dah bersemangat nak bertanding, tapi dia pula yang resah macam mati bini. Selama ni, elok aje dia sokong segala tindak-tanduk Eshan. Kali ni, kenapa pula nak resah?

Macamlah tak biasa. Naim sendiri tahu betapa cekapnya Eshan dalam litar tu. Sudah tiga kali dia bergelar juara dalam kejohanan sebelum ni. Kali ni, dia terlibat dalam kejohanan yang lebih besar dan melibatkan pasukan lawan daripada luar negara. Jadi, dia perlu menang untuk harumkan nama negara, keluarga dan dia akan mendapat peluang untuk mencipta nama di antarabangsa.

Inilah masa untuk dia menyerlahkan bakat. Lagipun, hadiah utama dalam kejohanan ni begitu lumayan. Dia memang perlu menang tak kira apa pun yang berlaku.

"Betul ni? Kalau kau rasa tak boleh, bagitahu terus. Aku risaukan kaki kau tu. Ingat sikit yang tulang kaki kau masih ada retakan kecil."

"Jangan risau, Naim. Aku boleh handle." Eshan menepuk lengan Naim dan meyakinkan kawan dia bahawa semuanya akan berjalan lancar. Dia tahu, Naim memang ambil berat tentang dia. Entah kenapa, hari ni Naim macam terlebih risaukan dia pula.

Sebelum ni, Naim elok saja. Tidak ada pula tanya macam-macam soalan pada dia. Mungkin Naim gemuruh gamaknya. Memandangkan ini kejohanan pertama yang lebih besar untuk mereka, jadi memang wajarlah Naim terasa gemuruh.

Kalau Naim pun dah gemuruh, Eshan pun sudah pastilah berasa gemuruh sekali. Dua kali ganda gemuruh dia. Ketepikan semua perasaan itu dan dia perlu fokus untuk lakukan yang terbaik.

"Hati-hati, Esh!"pesan Naim sebelum dia mengundur diri untuk memberi laluan kepada acara yang bakal bermula.

Eshan mengangkat ibu jarinya tanda dia baik-baik saja. Dia akan baik-baik saja.

"Sara, aku akan bawa balik duit hasil kemenangan aku dan aku akan jadikan impian kita untuk buat majlis resipsi ala-ala fairy tale tu tercapai." Eshan berkata-kata sendiri. Detak jantung yang laju di dalam dada semakin terasa. Eshan memegang dadanya.

"Aku janji, Sara."

Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan segalanya dimulakan dengan lafaz bismillah. Pedal minyak dipijak dan kereta lumba itu laju meluncuri litar sebaik sahaja ketiga-tiga lampu bertukar hijau.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now