Prolog 1
~Allah tidak membebani seseorang melainkan yang sesuai dengan kesangupannya.~
(Al-Baqarah : 286)
2017.
"Mimo... aku minta maaf, Mimo... Ini semua... semua ni salah aku..." Jebat Iskandar merintih, merayu meraih kemaafan. Hatinya sakit dan luluh melihat isterinya meraung begitu. Sungguh ketika ini dia merasakan dialah manusia yang paling gagal. Dia gagal melindungi si isteri yang tengah sarat mengandungkan satu-satunya zuriat tanda cinta hati mereka, Little Sunshine daddy. Kerana kegagalannya, dia kehilangan anak kecil yang tidak berdosa itu.
Siti Nur Malihah berhenti meronta dalam pelukan Abid Hadi sebaik saja mendengarkan suaminya merintih memohon kemaafan darinya. Pantas matanya mencerlung garang ke arah Jebat. Dia kertap bibir, sungguh dia sakit hati melihat wajah itu. Dia benci dengan lelaki itu! Lelaki yang telah membuatnya tidak ubah seperti kain buruk bila tidak diperlukan. Hatinya tersiat dan kecewa saat mengingatkan apa yang berlaku.
Dada Malihah berombak, bibirnya menggigil. Matanya memerah dan sedikit bergetar menandakan ada percikan api kemarahan bakal meletus tidak lama lagi. Tanpa tertahan lagi, dia mengepal erat tangannya sebelum naik menunding tepat ke muka suaminya.
"Kau! Kau memang suami tak guna! Kau memang punca semua ni. Kau lebihkan perempuan tu dari aku! Kau curang dengan aku! Kau perbodoh-bodohkan aku! Kau memang tak guna! Kau pembunuh! Pembunuh anak aku!" Malihah memuntahkan lahar kemarahannya dengan begitu lantang. Hati perempuannya cukup sakit. Cukup terluka. Remuk-redam dengan apa yang berlaku. Anaknya sudah tiada. Ibu, ayah dan achik juga turut meninggalkannya. Semuanya berpunca dari sikap ketidaktanggungjawaban seorang lelaki yang bernama Jebat Iskandar!
"Astaghfirulah-al-azim! Adek, mengucap banyak-banyak dek!" Angah menyergah Malihah. Malihah ditarik semula ke dalam pelukannya. Malihah dipeluk erat. Dia tahu jiwa adiknya dikala ini sangat rapuh.
Malihah menolak Angah sehabis daya. Dia masih belum habis memuntahkan laharnya.
"Mimo... aku minta maaf..." Jebat melangkah longlai, merapati katil Malihah. Muka yang basah dengan air mata langsung tidak peduli kalau ada yang memandangnya serong. Yang dipedulikan saat ini adalah sebuah kemaafan dari sang isteri. Dia tahu dia bersalah. Dia tahu dia berdosa.
"Pergi! Pergi kau dari sini! Aku benci tengok muka kau! Pergi! Pergi!" Malihah menepik, keadaannya makin tidak terkawal lagi. Lihat Jebat, dia rasa mahu saja bangun dan mencekik lelaki itu sampai putus urat nyawa. Dia sakit hati, jiwa halusnya merasuk supaya bangun dan memukul Jebat bagi memuaskan nafsu amarahnya. Lalu tanpa ternanti lagi dia berusaha untuk bangun dan menerkam Jebat.
Ariff Huzair deras bertindak dengan merangkul tubuh kecil molek adiknya sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Nampaknya amukan Malihah kali ini bukan biasa-biasa sampaikan Angah yang gagah itu pun tidak mampu bertahan bila Malihah makin hilang kawalan dan ganas meronta.
"Jebat, panggilkan doktor!" jerit Abid Hadi sambil mengerling Jebat sepintas lalu.
"Lepas! Lepaskan aku! Aku bunuh kau! Aku bunuh kau Jebat tak guna!"
"Mimo...." Jebat terkedu melihat isterinya yang selama ini begitu terjaga orangnya mengamuk begini. Tangan Malihah cuba diraih tapi cepat saja isterinya menepis.
"Jangan sentuh aku, lelaki tak guna! Aku benci kau! Aku benciiii!" Makin Malihah meradang. Dia tak hingin lagi tangan jijik itu menyentuh kulitnya walaupun seinci.
"Jebat! Panggilkan doktor!" Abid Hadi sekali lagi menjerkah Jebat.
Jebat berundur beberapa tapak dan terus berlari keluar dari bilik itu untuk memanggil doktor. Tak lama kemudian dia muncul semula. Kali ini dia muncul bersama dengan Dr. Dzharif dan seorang jururawat iringan, SN. Ameena. Dr. Dzharif memberikan satu suntikan di lengan Malihah dan Malihah mula mengendur dari meronta. Lama-kelamaan mata itu mula kuyu dan pandangannya mula berbalam-balam. Akhirnya Malihah longlai. Angah dan Along membantu SN. Ameena membaringkan Malihah semula ke katilnya. Tiub oksigen dan drip air yang tertanggal tadi juga dipasangkan semula.
YOU ARE READING
Aku Juga Ingin Bahagia 2.0
RomanceSesebuah kisah itu pasti ada titik permulaannya. Dan permulaan itulah yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan yang telah terjadi. AKU JUGA INGIN BAHAGIA 2.0. Bukan aku tak mahu berterus terang tapi kerana aku terlalu sayangkan dia maka aku terp...