Bab 14 : AJIB 2.0

35 4 0
                                    

Bab 14

~Ketika kamu ikhlas menerima semua kekecewaan hidup, maka Allah akan membayar tuntas kekecewaanmu dengan beribu-ribu kebaikan. Berlajarlah untuk mengerti bahawa segala sesuatu yang baik untukmu tidak akan Allah izinkan pergi kecuali akan digantikan yang lebih baik lagi.~ Ali bin Abi Talib.

Hari ke kedua, kami ke Kea Farm Market. Semalam kami ke Taman Lavender Cameron dan Taman Flora Cameron. Seronok pula aku tengok suasana di Kea Farm Market ini. Kea Farm Market antara pasar terbesar yang menjadi tempat tumpuan pelancong setiap kali datang ke Cameron Highlands. Tak sah kalau tak singgah! Dekat sini pasarnya dibuka di siang hari dan boleh dikatakan disinilah tempat yang terbaik untuk pelancong membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Semuanya segar dari ladang, bak kata orang.

Bukan itu saja, ada juga snek ringan yang dijual seperti jangung rebus, kekacang, ubi rebus, makanan goreng-gorengan juga ada. Aiskrim buatan sendiri pun boleh jumpa dekat sini. Kalau ada yang mencari cenderahati, disini berlambak yang menjualnya. Cantik-cantik pula tu. Rambang mata aku nak pilih!

Kasih Hanim tak ada dengan aku. Anak saudara aku tu semakin melupakan aku nampak gayanya. Dia lebih selesa mengekor Encik Is dan Umai daripada aku. Emm... nampak sangat yang diorang tu memang sudah kenal rapat sebelum ni. Encik Is juga tidak keberatan untuk melayan kerenah Kasih. Dah alang-alang Kasih tak nak mengikut aku, aku izinkan Encik Is yang menjaganya ketika kami berada di Kea Farm Market ini. Lagipun inilah masanya untuk aku cuci mata dan boleh berjalan dengan tenang.

Kakiku singgah di gerai bernombor 19. Ada susunan bunga-bungaan segar dari pelbagai jenis spesis dan warna di bahagian hadapan kedai itu membuatkan aku tertarik untuk menapak ke situ. Bersinar mataku bila melihat bunga-bunga itu. Tiba-tiba terbayang Ireland. Aku rindukan kenangan ketika di Ireland.

Bibirku senyum segaris disebalik pelitup muka. Mataku melekat pada bunga-bungaan yang ada di depanku. Segar biji mataku. Ada mawar, lily, daisi dan bermacam-macam lagi spesis yang aku tidak kenal. Tapi kesemuanya berwarna-warni.

'Aku tertarik dengan yang itu tapi yang ini lagi menarik. Tapi... itu juga mengoda. Arghhh semuanya menarik perhatianku! Aku sedang digoda dan tergoda dengan bunga-bunga ini!' Aku sentuh kelopak bunga ros putih. Tiba-tiba teringat kepada sekuntum ros putih yang ada di perkuburan ahli keluargaku tempoh hari.

'Siapa yang letak bunga ros putih itu ya? Kata Pak cik Kassim orang yang meletakkan bunga itu, lelaki. Siapa orangnya? Hish, misteri sungguhlah.'

"Kenapa tak beli?" tegur seseorang di belakangku.

Aku menoleh sekilas.

Lelaki, tinggi lebih kurang Encik Is. Berpelitup muka berwarna hitam. Matanya sedikit sepet dan lama-kelamaan mata itu nampak semakin sepet, mungkin dia sedang tersenyum disebalik pelitup mukanya. Bertopi coklat muda, jadi aku tidak nampak bahagian rambutnya macam mana. Jaket hitam dibiarkan terbuka tidak berzip dan t-shirt merah di dalamnya. Berseluar jeans hitam. Kedua tangannya tersemat elok di dalam poket jaket hitamnya. Matanya menyapaku mesra.

"Kenapa cik tak beli bunga tu?" tanyanya sekali lagi sambil kepalanya bergerak ke sisi sedikit, ke arah bunga yang ada dihadapan kami.

Aku berpaling semula kepada bunga-bungaan segar dihadapanku. Tak sempat aku hendak membalas, dia berkata lagi.

"Ambillah yang mana cik suka, saya belanja." Dia menawarkan kepadaku pula.

Aku berkerut. Lantas berpaling semula kepadanya. Something fishy here! Itu yang terdetik di hatiku.

"Kenapa?" ajunya, bila perasaan mukaku sedikit berkerut memandangnya.

"Kenapa nak belanja saya? Kita kenal ke?" Terus aku tembak dia dengan soalan yang agak pedas. Sungguh aku rasa tak selesa dengan keramahannya yang sangat tiba-tiba itu.

Aku Juga Ingin Bahagia 2.0Where stories live. Discover now