Bab 16 : AJIB 2.0

229 12 9
                                    

Bab 16

~The happiest people don't have the bets of everything... they just make the best of everything they have.~

Encik Is bawa aku ke restoran hotel. Rupanya restoran di hotel ini beroperasi selama 24 jam cuma menu yang disajikan hanya beberapa pilihan sahaja yang ada bila menjelang tengah malam. Kelihatan masih ada beberapa grup manusia sedang menikmati hidangan mereka sambil berborak-borak. Huh, kalaulah aku tahu dari awal hotel ini ada perkhidmatan begini, tak adanya aku perlu menghendap macam mengintai anak teruna orang mandi dekat balkoni tadi. Sebal betul!

Memandangkan ketika ini jam sudah berdetik ke angka 1.30 minit pagi, aku memilih menu yang agak ringkas untuk mengalas perut sementara menanti hari cerah. Nanti bila sampai waktu sarapan, aku akan balun apa yang ada! Ala-ala misi membalas dendam gitu.

'Spaghetti garlic with olive oil'.

Lain yang diminta lain pula menu yang sampai dihadapanku. Aku angkat muka pandang lelaki yang duduk setentang denganku. Aku yakin ini pasti dia punya angkara. Entah bila pergi tukar menu aku pun, aku tak perasan. Encik Is selamba saja mengunyah chips potato yang dia bawa turun dari biliknya. Itu mesti Umai punya yang dia rembat. Dia hanya memesan hot chocolate, kena betul dengan ayat 'teman' aku makan tu.

"Please enjoy your meal, miss Malihah. Doa first and eat. Saya tunggu awak habiskan makanan awak, baru saya naik ke bilik." Dia menutur tanpa sempat aku bertanya perihal pertukaran menu itu. Dia lantas tunduk menatap tabletnya.

Aku yang malas nak bertekak dengannya depan rezeki, terus cucuk garpu ke spegeti yang tengah berwap halus itu lalu memintalnya sebelum masuk ke mulutku. Terpejam mataku, merasa nikmatnya spegeti yang dimasak dengan secukup rasa itu. Ada lemaknya, ada manis dan masinnya. Ditaburkan pula dengan sedikit daun oregano kering diatasnya, uihh memang Italian betullah citarasanya. Kena betul dengan lidahku yang ala-ala selera minah saleh sejak bertahun aku di Ireland. Tapi yang sebetulnya, aku memang tengah lapar sangat ni, jadi semua makanan terasa kena dengan tekak aku!

Hampir suku lagi berbaki makanan dalam pingganku, tiba-tiba aku teringatkan kejadian siang tadi di The Sheep Sanctuary. Tergerak hatiku untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Encik Is dan aku sangat berharap yang dia sudi menjawab soalanku tanpa beralih lagi. Entahlah jauh disudut hati, aku dapat merasakan yang aku dengan dia memang ada 'sesuatu' yang aku tak pasti apa. Jadi aku perlukan jawapan itu supaya hatiku tenang untuk meneruskan langkahku selepas ini. Aku tak nak pertemuan antara aku dengan dia yang dirasakan 'kebetulan' ini boleh mengugat ketenanganku yang sedia ada. Andai kata dia menolak untuk berterus terang, fahamlah aku yang dia memang sengaja mencipta jurang yang sedia ada.

"Boleh saya tanya encik soalan?"

Dia yang sedang mengunyah chips potato angkat wajah dari terus merenung skrin tabletnya. Entah apa yang ditenungnya di skrin itu, aku tak tahu.

"Tanya apa?" tanyanya lalu tunduk semula. Jari telunjuk kirinya yang menyentuh skrin tablet bergerak-gerak.

"Saya nak tanya, kita dah kenal ke sebelum ni?" Soalan pertama dilontarkan membuatkan jari yang tadinya lincah bergerak, kaku di skrin. Lambat-lambat dia memanggung wajahnya bersama dahi yang berkerut.

"Hah?"

"Saya nak tahu. Kita dah kenal ke sebelum ni?" ulangku.

Dia meletakkan tabletnya ke meja dan menarik muk coklat panasnya, menghirup dulu.

"Kenapa awak boleh tanya saya macam tu? Kita nampak macam dah kenal ke sebelum ni?" Dia mengulang semula soalan itu kepadaku tapi versi yang panjang sedikit dariku.

Giliran aku pula tergemap. Dia menanti balasanku dengan merebahkan belakang tubuhnya ke kerusi, tangan kekarnya memeluk tubuh. Matanya merenungku.

"Kita nampak macam dah kenal ke pada awak, Miss Malihah?" Lagi dia ulang soalan itu. Sudah jadi terbalik pula. Tadi aku yang soal dia, tapi sekarang dia pula yang menyoal aku. Dia tegakkan semula duduknya.

Aku Juga Ingin Bahagia 2.0Where stories live. Discover now