Bab 13
~Not friends, not enemies, just strangers with some memories.~
"Mum... mmy?" Umai berdesis, hanya bergetar dihujung bibir saja tapi mampu sampai dengan jelas di halwa telingaku.
Semerta itu juga aku kejung di ambang pintu. Terpinga-pinga. Berkerut habis dahiku.
'Mummy? Mummy apa?'
"Mummy... you're here..." Tanpa mempedulikan aku, Umai mengumam lagi. Matanya yang bulat dan hitam pekat itu turun naik memandangku sebelum berhenti lama di wajahku. Seolah-olah dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dia sedang lihat. Mata itu juga tidak berkerdip merenungku.
'Kenapa... kenapa Umai tengok aku macam tu?' Aku tertanya-tanya, kehairanan.
Pelik juga aku dengan cara Umai pandang aku. Cara dia pandang aku tu macam dia pernah lihat aku sebelum ini tapi dia tak percaya yang aku sedang berdiri di depan dia sekarang ini. Atau dia sebenarnya tak cam yang aku ni si aunt cantik yang sebelum ini dia sesuka hati merengek untuk minta tukar tempat duduk dengannya dalam bas tadi semata-mata mahu duduk dengan bffnya. Dan tak pasal-pasal juga aku kena duduk dengan daddynya. Huh!
'Dia dah lupa ke? Ke nak aku ingatkan balik kisah tadi?' Nak je aku hamburkan dia begitu tapi tak sampai hati bila aku sedar mata itu masih setia melekat diwajahku. Matanya terbias sesuatu.
"That's you mummy..." Dia melirih lagi tanpa mempedulikan aku yang tercenggang dengan reaksinya.
Dia mara setapak, menjadikan dia betul-betul berdiri dihadapan aku. Aku kaget tapi tidak pula aku berganjak dari tempatku. Sejujurnya aku tak tahu apa yang perlu aku respon kepada anak kecil ini bila dia tidak berhenti-henti menggelarku 'mummy'. Tipu kalau aku katak yang aku langsung tidak terkejut dengan situasi ini. Serius, aku terkedu!
Umai mendongak, matanya tunak memandangku. Mata yang bulat dan selalu bersinar itu nampak berair kini. Makin tergamam aku jadinya.
"Mummy... that's you, right?" lirih Umai menyoal sambil tangan kecilnya menyentuh tangan kananku. Matanya menikam mataku.
Aku kelu, membisu. Lidah bagaikan dipasung dari berkata-kata biarpun ada seribu satu persoalan sedang berlegar-legar dibenakku.
"Finally, I found you mummy!" Umai tanpa ternanti-nanti lagi terus menyembamkan muka ke dalam pelukanku. Kakiku dirangkul erat, kemas bagaikan tidak mahu lepas. Tindakan reflaksku kedua tanganku melayan ke atas, terkejut.
"I really miss you, mummy..." bisik Umai.
Aku tengadah. Dalam masa yang sama juga satu susuk tubuh tinggi dan tegap muncul di hadapan pintu bilik hotelku. Biji matanya meluas, terkejut melihat si anak yang sedang erat merangkulku. Matanya naik memandangku dan aku membalas pandangan itu. Seketika mata kami saling bertaut sebelum dia memutuskan renungan itu dengan menggerakkan bebola matanya ke dadaku. Dan sekali lagi mata itu meluas, terkejut tatkala melihat sesuatu yang tergantung di leherku. Muka itu langsung berubah, segera dia mengalihkan pandangan dan berdecit halus.
"Umai rin.. du mummy." Umai dengan lirihnya meluahkan lagi tanpa sedar si ayah sedang berdiri dibelakangnya.
"Umai..." Encik Is menegur anaknya. Muka yang mendung itu dikawal sebaik mungkin.
Umai mengangkat muka, toleh kepada ayahnya. Segera dia melepaskan rangkulannya dan berlari mendapatkan Encik Is. Lengan ayahnya ditarik.
"Daddy, look! This is mummy. I found her, daddy!" Umai mengujar girang dan teruja sambil menunding jari ke arahku. Lengan ayahnya juga digoncang-goncang, ditarik-tarik.
Aku yang tidak tahu apa-apa, terkebil-kebil melihat adegan itu.
'I found her? Apa maksud Umai ni? Dia cari siapa? Ken.. kenapa dia tunjuk-tunjuk aku pula ni?'
YOU ARE READING
Aku Juga Ingin Bahagia 2.0
RomanceSesebuah kisah itu pasti ada titik permulaannya. Dan permulaan itulah yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan yang telah terjadi. AKU JUGA INGIN BAHAGIA 2.0. Bukan aku tak mahu berterus terang tapi kerana aku terlalu sayangkan dia maka aku terp...