Bab 6 : AJIB 2.0

36 2 0
                                    

Bab 6

~Be with the people who bring out the best in you.~

Kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena kepulangan kami bertiga diadakah di rumah Pak long Mustafa, ayah Bella yang merupakan abang kepada arwah ayah. Bacaan tahlil turut diselitkan pada malamnya untuk disedekahkan kepada insan-insan yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.

Nasib baik aku masih ada Pak long Mustafa dan Mak ngah Safwah, membolehkan aku menumpang kasih seorang ayah dan ibu dari mereka. Lagipun rupa ayah dengan Pak long Mustafa tu lebih kurang sama. Jadi sedikit sebanyak boleh aku menempias rasa rinduku pada arwah ayah walaupun tidak sama dan tidak akan sesekali dapat mengantikan tempat ayah di hatiku sekurang-kurangnya mereka berdua datang dari darah dan keturunan yang sama. Itu sudah memadai bagiku. Saudara mara sebelah ibu pula, aku tak seberapa ingat. Mungkin sebab kami jarang berjumpa, jadi itu sebabnya aku tak ingat.

Dari kejauhan aku pandang Bella dan Kanda yang tengah sibuk melayan tetamu yang datang. Seronok betul pasangan pengantin tu. Bella kelihatan cantik dan berseri-seri dengan baju pengantinnya dan Kanda juga tidak kurang segaknya. Aku menumpang gembira dengan penyatuan mereka berdua. Mereka berdualah sahabatku dunia dan akhiratku.

Pandang Kanda, tiba-tiba teringat cerita Bella. Kalau diikutkan cerita Bella, dulu Kanda tu spesis yang lembut-lembut gitu tapi lepas apa yang terjadi pada aku 5 tahun lepas, membuatkan Kanda berubah jadi seorang lelaki sejati. Kata Kanda, dia tak yakin boleh melindungi aku kalau dia masih dengan fiil yang lama. Reaksi aku bila Bella cerita macam tu, tentulah aku rasa pelik. Dah kenapa jadikan aku sebagai penyebab untuk dia berubah macam tu?

"Ehem! Jauh adik angah ni termenung. Ingatkan siapa?' Angah menegurku lalu mengambil tempat berdiri disebelahku.

Aku pandang Angah sekilas.

"Tengok Bell dengan Kanda tu. Sepadan, macam pinang dibelah dua," jawabku sambil muncung mulutku ke arah mereka berdua.

"Tak sangka berjodoh pula diorang." Angah mengulas. Juga melemparkan pandangan ke sana.

"Itulah. Bella ada bagitahu adek, dulu dia suka achik. Betul ke, ngah?" soalku pula bila teringatkan Bella pernah bagitahu aku yang dia sukakan Achik sejak dari zaman sekolah. Kira macam sepupu minat sepupulah, normal la kan?

Angah senyum hambar.

"Emm.. sempat juga diorang tu couple sebenarnya."

Terjatuh rahangku.

"Betul ke, ngah?" Aku meluaskan mataku.

'Uishh tak sangka pulak aku yang Bella betul-betul boleh tangkap cintun dengan achik. Tapi kenapa Bella tak bercerita panjang pasal tu? Atau Bella memang tak nak buka kisah duka dia? Kalau betul apa yang Angah kata, mesti Bella juga rasa keperitan yang aku rasa.' Lambat-lambat aku halakan semula mataku kepada Bella. Bella sedang tersenyum manis disamping Kanda. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman, mungkin saja Bella sudah jumpa penawar luka dihatinya. Dan ubat itu adalah Iskandar Sufian. Fikirkan itu tiba-tiba rasa sedih itu datang. Kali ini rasa sedih ini, aku khaskan untuk Bella.

"Bella pun macam kita, dek. Turut terasa kehilangan orang yang dia sayang, orang yang dia cinta. Achik dengan Bella pernah merancang untuk berkahwin sebelum kemalangan tu. Achik pun dah cukupkan duit untuk hantaran, mas kahwin dan majlis diorang. Macam-macam persiapan dah achik dan Bella siapkan."

"Achik betul-betul serius nak kahwin dengan Bella. Bella pun sama, plan diorang lepas kahwin baru Bella akan masuk U sama-sama dengan adek tapia pa boleh buat dek, kita ni manusia. Kita hanya mampu merancang tapi bukan kita yang menentukan setiap perancangan kita tu mampu mengikut kehendak yang Maha Esa. Dia dah tetapkan setiap sesuatu kejadian. Kejadian tu, bukan saja kita yang terasa sakit dan pedihnya kehilangan tapi Bella juga merasai rasa yang sama. Jadi jangan pernah kata Bella tak faham apa yang kita rasa."

Aku Juga Ingin Bahagia 2.0Where stories live. Discover now