Bab 2 : AJIB 2.0

14 1 0
                                    

Bab 2

~You don't have to figure it all out to move forward... just take the next step.~

Aku menanti kedatangannya Rindu Asiah Nafeesa di apartment yang disediakan oleh pihak penaja untuk kami. Sementara menanti, aku membacuh nescafe 3 in 1 untuk menghangatkan tubuhku yang sedikit kedinginan. Dengan cuaca yang agak dingin dan hujan diluar sana, aku sebenarnya malas mahu keluar tapi apa boleh buat, aku sudah terlanjur berjanji dengan Bella dan Kanda untuk bermalam di rumah Nafeesa untuk dua malam sepanjang ketiadaan mereka berdua.

Rindu Asiah Nafeesa, dia senior aku. Beza umur kami yang tidaklah terlalu jauh membuatkan kami serasi untuk berkawan. Apa yang uniknya tentang gadis itu ialah dia seorang gadis melayu kelahiran Malaysia, berdarah campuran turki tapi memilih untuk menetap di Ireland bersama umi dan abangnya, Aish Mueez. Hubungan aku dengan keluarga itu agak rapat juga, mungkin sebab mereka fasih berbahasa melayu, jadi aku tidak merasa kekok untuk berbual-bual menggunakan bahasa ibunda sendiri.

Tok! tok!

Pintu diketuk dari luar. Aku bangun dari tempat dudukku lalu mengintai gerangan yang berada disebalik pintu melalui lubang kecil yang sedia ada di situ. Seorang lelaki berkot putih sedang membelakangi pintu. Tak nampak rupanya, tapi aku tak payah meneka. Aku tahu itu siapa.

'Itu Dzharif!' Langsung jantungku buat kerja gila.

Dup dap dup dap... Jantung mula bekerja keras dari biasa. Aku kemam bibir, ramas-ramas jari-jemariku. Aku resah dan gelisah, beginilah jadinya bila aku mula kalut. Kepala dah berfikir dengan macam-macam andaian.

'Apa aku nak buat ni? Kenapa dia yang datang sini? Dia nak buat apa datang sini? Nak jemput aku ke? Tapi kenapa dia yang datang? Kenapa bukan Feesa? Mana Feesa?' Argh tengok... banyak pula yang aku fikir sekarang ni.

Aku tidak segera membuka pintu sebaliknya aku memusingkan tubuhku ke sisi. Ada cermin tinggi dan lebar di situ. Idea dekorasi Bella, katanya senang kalau nak melawa sebelum keluar dari rumah. 'Last check up' la kononnya tapi nampaknya idea dia tu mujarab untuk aku guna pakai di saat-saat genting seperti sekarang. Thanks Bella!

Aku pandang pakaianku disebalik cermin. Blouse paras paha berwarna kuning cair bercorak bunga-bunga ungu kecil dipadankan dengan jeans denim dan selendang ungu muda. Emm... rasanya dah okay kot. Aku melirikkan mataku kepada wajahku pula. Solekan nipis seperti selalu dan... perfect!

Tok! tok!

Sekali lagi pintu diketuk. Aku tarik nafas terlebih dahulu sebelum tangan membuka kunci pintu dan tarik dedaun pintu. Ketika itu juga Dr. Dzharif yang segak berkot putih labuh dan sweater turtleneck hitam di bahagian dalamnya mengangkat pandangan. Seketika kami saling bertatapan sebelum aku memutuskannya dengan menunduk. Aku segan dengan cara dia memandangku seolah-olah kami ini sepasang pasangan kekasih yang saling menyintai antara satu sama lain sedangkan kami bukan begitu, kan?

Dia berdeham.

"Assalamualaikum." Dia menyambung setelah itu.

Aku angkat semula pandanganku kepadanya sebelum menjawab salamnya.

"Waalaikummusalam. Kenapa Dr. ada dekat sini? Mana Feesa?" Terus aku ajukan dia soalan yang bermain-main di dalam fikiranku sejak dari tadi.

Dia tersenyum lawa sebelum menjawab pertanyaanku. Mukanya berkerunyut sedikit.

"Uhh.. that hurts me, princess. Would you rather ask about someone else than me?"

Giliran aku pun tersenyum. Princess? Dah tua-tua macam ni layak lagi ke digelar princess?

"Bukan macam tu lah Dr., saya cuma pelik. Rasanya tadi Bella call Feesa untuk jemput saya. Tapi yang muncul, Dr. pulak. Mana saya tak pelik."

"Emm yup. Tapi Fessa sibuk. Dia kena tolong mummy dia dekat kedai. So, saya yang datang pickup my princess ni. Tak salah kan?"

Aku Juga Ingin Bahagia 2.0Where stories live. Discover now