Bab 4
~You cannot start the next chapter of your life if you keep re-reading the previous one.~
Waktu pendaratan dijadualkan akan tiba jam 9 pagi waktu Malaysia. Aku kerling jam tangan, masih berbaki beberapa jam lagi aku akan menjejak kaki di tanah airku yang tercinta setelah hampir 5 tahun aku berpergian demi mendapatkan secebis ilmu.
Pepatah ada menyatakan, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Bukan bermaksud kita perlu ke China semata-mata untuk belajar tapi maksud tersiratnya, tuntutlah ilmu walaupun terpaksa berhijrah ke tempat jauh sekali pun kerana menuntut ilmu itu satu kefardhuan.
Sekejap-sekejap aku meninjau ke luar tingkap. Langit masih bergelap, tapi sudah ada biasan cahaya putih dari ufuk sana menandakan sekejap lagi hari akan cerah. Makin tak sabar rasanya untuk bertemu dengan keluarga tercinta. Aku rindukan along dan angah. Hanya mereka berdua saudara kandungku yang masih ada di atas dunia ini.
Aku tersenyum lebar, menahan perasaan yang semakin tidak sabar. Tapi dalam masa teruja untuk menjejak kaki ke negara kelahiranku, aku dapat merasakan degupan jantungku makin kuat sampaikan aku rasa aku sudah terkena serangan panik. Entah apa yang aku panik pun aku tak pasti. Aku tekap tangan ke dada kiri, rasa sendiri tahap kekencangan dengupan jantungku.
Ya, kencang. Kencang macam aku baru sudahkan larian pecut 100 meter. Nak kata aku takut dan gayat berada di dalam pesawat, rasa macam tak logik pula. Ini bukannya kali pertama aku naik pesawat besar macam ni. Padahal sebelum ni aku kerap juga travel ke negara di sekitar Ireland jika ada masa terluang lebih-lebih lagi bila cuti semester. Ireland yang terletak di benua Eropah, berhampiran dengan kota London, Switzerland dan Itali dan banyak lagi negara yang memukau pemandangan jadi tersangatlah rugi kalau aku tidak mengambil peluang keemasan yang ada untuk berkenalan dengan negara luar. Ya kan?
"Dek, kau okay tak ni?" tegur Bella. Dia menoleh sedikit ke arahku. Tangannya menyentuh lengan kiriku.
Aku segera menoleh. Terkejut sebenarnya, tak sangka kelakuanku berjaya dikesan oleh Bella sedangkan tadi aku lihat dia elok saja lena berkongsi selimut dengan Kanda. Melampau tau budak berdua ni. Ber'sweet-sweet' depan aku, langsung tak hormat perasaan orang single macam aku ni. Huh!
"Dek?" Bella sekali lagi bertanya. Mukanya sudah memberi reaksi lain yang menunjukkan dia risau denganku. Bella ni tak sudah-sudah dengan sikap 'overprotective' dia. Dia dah macam mak-mak dah aku rasa.
"Aku... aku berdebar." Hanya itu yang aku mampu bagi dia jawapan.
"Berdebar? Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Biji mata Bella meluas. Terus tegak badannya sehingga selimut di badannya melurut jatuh ke lantai. Tangan Kanda yang memeluk pinggangnya juga dileraikan. Dia terus mengambil tanganku dan periksa nadiku di pegelangan tanganku sambil-sambil mengira detik kiraan jarum jam saat di jam tangannya.
Dia pandang aku. Tampangnya serius.
"Berdebar kenapa? Ada apa-apa yang menganggu fikirkan kau ke, dek?"
Aku menggeleng. Aku betul-betul tak tahu kenapa aku berdebar lain macam sekarang ni. Aku tak berfikir yang bukan-bukan pun!
"Betul ke ni?"
"Betul. Aku tak ada fikir apa-apa pun. Aku cuma rasa tak sabar nak jumpa along dan angah. Tu je. Tapi tak tahu lah kenapa, makin dekat nak sampai ni... makin kuat pulak aku rasa berdebar. Rasa macam ada someone tengah tunggu aku macam tu... Betul ke apa aku rasa ni, Bell?"
Terus Bella cerlung matanya kepadaku.
"Jangan nak mengarutlah dek. Aku tak suka." Dia menempelak serius. Dikawal suaranya agar tidak menganggu penumpang yang lain.
YOU ARE READING
Aku Juga Ingin Bahagia 2.0
RomanceSesebuah kisah itu pasti ada titik permulaannya. Dan permulaan itulah yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan yang telah terjadi. AKU JUGA INGIN BAHAGIA 2.0. Bukan aku tak mahu berterus terang tapi kerana aku terlalu sayangkan dia maka aku terp...