𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09

242 14 0
                                    

18+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

18+

Isya sedaya upaya mengikut langkah besar Aish.

"Awak jalan laju-laju nak ke mana?" Isya melajukan lariannya bagi menyamai langkah si suami.

Restoran Kenny Rogers mereka masuk dan duduk di meja paling hujung. Qr kod diimbas sebelum paparan menu kelihatan. Menu dibelek sebelum Nasi lemak Chicken Chop dan Nasi Goreng Chicken Chop dipesan.

Isya memandang sekeliling menghilangkan rasa bosan menunggu pesanan tiba. Seketika, matanya menangkap seorang gadis yang melambai ke arahnya. Isya tersenyum kecil lalu membalas lambaian itu. Isyarat mata diberikan pada gadis itu bahawa ada seseorang bersamanya.

Aish memandang ke arah yang sama.

"Siapa tu?" Isya terus berpaling memandang suaminya.

"Itu kawan saya, Nura Qistina. Kami kawan kolej dulu. Dia mungkin baru balik daripada johor kot" Ringkas Isya memperkenalkan rakannya pada Aish. Aish mengangguk saja, tidak berminat untuk tahu lebih-lebih.

Setelah menjamu selera, mereka bergerak ke bahagian makanan basah. Aish menolak troli sambil mata memandang Isya yang sedang tekun memilih barang.

Seketika, Aish beredar untuk mengambil barang keperluannya meninggalkan Isya yang sibuk membandingkan harga.

Beredar saja Aish, datang seorang gadis menghampiri Isya. Terkejut Isya dibuatnya sebelum sekelilingnya dipandang.

"Kau buat apa dekat sini?" Isya bertanya pada rakannya, Nura Qistina.

"Saja tegur kau. Aku baru balik daripada misi. Tuan suruh aku tolong kau. Kau bila nak pergi mi-"Belum sempat Nura habis bertanya, Isya membuat isyarat senyap.

"Shuh, diamlah. Aku tahu. Dia dah bagitahu aku. Pergilah sana. Nanti suami aku nampak kau" Isya menolak perlahan tubuh Nura.

"Ish dia memang dah nampak aku la. Tapi suami kau hensem do. Kau serius ke nak buat semua ni? Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan rancangan tuan tu. Bahayalah. Kalau kantoi nanti, tak pasal-pasal korang bermusuh laki bini" Isya memberi isyarat mata menyuruh gadis itu diam. Sini bukan tempat sesuai untuk berbincang. Nura menjulingkan mata menyampah sebelum dia beredar. Isya memandang sekeliling. Nasib baik Aish takde.

"Isya" Isya berpaling ke belakang sebelum wajah Aish menyapa matanya. Reaksi dikawal sebaik mungkin.

"Dah habis dah?" Aish menolak troli apabila menerima anggukan Isya. Di kaunter pembayaran, Isya dan Aish setia beratur menunggu giliran.

"Hensem bodo laki tu" Kedengaran dua orang juruwang berbisik. Berbisik pun masih mampu Isya mendengarnya.

"Ish dia dah ada bini la kau ni" Rakannya yang membantu membungkus barangan bersuara.

"Tak semestinya ada penjaga gol tak boleh skor" Wanita itu hanya tersenyum bangga. Laki boleh kahwin empat ya. Tiba giliran Isya dan Aish, wanita itu mula dengan lakonan ayunya. Isya hanya menjeling wanita itu.

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now