𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

213 13 0
                                    

"HARGH! HARGH!" Mata Aish tajam menatap leftenan muda yang sedang membuat latihan pagi. Inilah rutin mereka di negara asing ini.

Seketika, datang seorang leftenan menyapa Aish. Dua helai kertas diberikan pada lelaki itu.

"Selamat pagi, tuan. Ini senarai Mejar Harith minta saya serahkan"

"Senarai?" Aish membelek kertas itu.

"Ya, senarai nama doktor yang akan tiba beberapa hari lagi" Aish mengangguk sebelum mengucapkan terima kasih. Niel yang datang entah dari mana merampas satu daripada dua helai senarai itu.

Senarai nama doktor perubatan manusia diteliti. Seramai dua belas orang dihantar. Niel memaling memandang Aish yang sedang termenung memandang senarai ditangannya.

"Kau kenapa?" Niel sibuk meneliti senarai doktor perubatan veterinar di tangan Aish. Seketika, matanya jatuh pada satu nama.

Dr Isya Darlin binti Abdullah

Niel tersenyum sinis. Patutlah.

"Asal kau diam? Kau kenal ke nama tu?" Sengaja Niel memerli lelaki itu.

"Eh?" Niel meneliti semula senarai itu. Nama kedua menarik perhatiannya.

"Farez, sepupu kau pun adalah" Farez menoleh memandang Niel apabila lelaki itu berkata sedemikian. Farez mengerutkan dahi.

"Miya tak kata apa-apa pun"

Pelik, selalunya Miya akan beritahu dia kemana saja gadis itu bertugas. Hanya mereka saja yang rapat sesama sepupu.

"Nampaknya kau tak perlu cari dia. Dia sendiri yang datang" Ian memandang Aish yang masih tergamam. Selepas hampir lima bulan, dia akan berjumpa dengan wanita itu.

VROOM

VROOM

Bunyi enjin kereta kedengaran membuatkan empat manusia itu memandang sesama sendiri. Mereka bergerak menghampiri pintu pagar hadapan kem. Tiga buah kereta berhenti betul-betul dihadapan mereka sebelum seorang lelaki bertatu keluar daripada kereta menghadap Aish. Lima orang anak buah berada dibelakang lelaki bertatu itu.

"Hello, Capt" Lelaki bertatu itu menegur Aish.

"Nicklo" Aish menyebut nama lelaki itu bersama pandangan tajam. Apa lagi lelaki ini mahu? Tak habis-habis buat masalah. Nicklo ialah seorang penjual senjata haram. Segala kerja haram yang lain semua dialah penyebabnya. Kalau nak buat kerja haram, contact dia. Oh joke joke.

"Long time no see. I just hear some news about your leader. Victor Olsen. Is he really dead?"Aish tidak menjawab pertanyaan lelaki bertatu itu.

"You know what? Victor is not a nice person. He full of suprises and bad auras. That's why he's dead" Sengaja Nicklo menambah minyak ke atas api.

"You killed him?" Nicklo tersenyum lucu mendengar soalan Aish.

"What a waste. It's just wasting my time, Capt"

"So why are you here?" Seorang anak buah Nicklo memegang sesuatu di poket seluar belakang menyebabkan Farez, Niel dan Ian menghalakan senjata api pada mereka. Empat orang anak buah Nicklo juga mula mengacukan senjata pada mereka. Aish membuat isyarat tangan supaya tidak melepaskan tembakan.

Anak buah Nicklo menunjukkan satu sampul surat berwarna hitam sebelum diserahkan pada Nicklo. Nicklo membaling sampul itu kepada Aish sebelum lelaki itu menyambutnya.

Sampul dibuka sebelum beberapa keping foto diteliti Aish. Gambar lima orang manusia tanpa ketahui identiti. Kelima-lima mereka memakai face mask dan topi.

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now